Lafaz Cerai Kali Kedua, Nubhan Nafi Orang Ketiga Jadi Punca Penceraian
Penyanyi dan usahawan popular, Nubhan menafikan orang ketiga menjadi punca penceraian bersama Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek setelah 10 tahun hidup bersama.
Nubhan berkata, penceraian yang berlaku itu adalah sesuatu yang begitu mengejutkan dan tidak mengharapkan perkara tersebut berlaku.
“Itu tidak benar sama sekali… Saya faham banyak spekulasi timbul kerana ia sesuatu yang mengejutkan.
“Jadi, orang boleh berfikir macam-macam. Saya minta hormati proses (penceraian) yang sedang berjalan dan mengharapkan yang terbaik.
Pada masa sama, dia tidak boleh memberikan sebaran komen memandangkan kes penceraian masih dalam proses perbicaraan mahkamah.
Dalam pada itu, Dr Afifah pula memaklumkan Nubhan telah melafazkan cerai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2017 dan Ogos lalu.
Ujar Dr Afifah, ketika lafaz cerai kali pertama dia sedang hamil anak sulung ketika usia kandungan sudah mencecah enam bulan.
“Kami dah tak tinggal sebumbung sejak bulan Ogos lalu. Saya masih sayang keluarga saya.
“Saya pun tak nampak penceraian ini akan berlaku dan saya pun tak jangka,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Lafaz Cerai Kali Kedua, Nubhan Nafi Orang Ketiga Jadi Punca Penceraian appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: