Ads Top

Berehat Berlakon Setahun, Jasmine Suraya Sambung Belajar Di Amerika Syarikat

Pelakon popular, Jasmine Suraya memaklumkan dia akan berehat berlakon selama setahun kerana akan melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.

Jasmine berkata, dia akan menuntut di Institut Filem dan Teater Lee Strasberg di LA dalam bidang lakonan.

“Saya agak terkejut apabila permohonan diluluskan kerana ia bukan mudah dan perlu melalui beberapa proses seperti membuat dua esei dan menjalani temuduga menerusi zoom.

“Apatah lagi institut berkenaan cukup terkenal, malah beberapa pelakon terkenal Hollywood Angelina Jolie, Chris Evans, Scarlett Johansson pernah belajar di situ,” ujarnya.

Jasmine berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 baru-baru ini.

Pelakon itu menyatakan ia adalah satu keputusan yang besar untuk dirinya, namun merasakan ia satu peluang yang tidak harus dilepaskan sama sekali.

Pada masa sama, dia juga tidak menyangka apabila menjadi pelakon pertama Malaysia yang belajar di situ, malah merupakan satu-satunya pelakon Asia yang dipilih untuk sesi pengambilan kali ini.

“Berada sebaris dengan alumni bernama besar dalam industri seni hiburan Hollywood, tentunya membuatkan saya rasa bangga.

“Selain itu, saya akan mengambil peluang sebanyak mungkin dengan menimba ilmu di sebuah institut terkemuka di dunia dalam bidang teknik lakonan,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Berehat Berlakon Setahun, Jasmine Suraya Sambung Belajar Di Amerika Syarikat appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.