Ads Top

Guzzbuzz Tampilkan Barisan Artis Naungannya, Gabungan Bakat Baharu & Legend Dua Negara

Nama Guzzbuzz Productions mungkin belum sehebat atau setanding dengan syarikat rakaman ternama negara yang sedia ada.

Namun, permasalahan itu tidak menjadi halangan buat pemiliknya, Bobb Ghazali untuk terus mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baharu di bawah naungannya.

Punya alasan tersendiri, Bobb berkata, sebagai orang yang lazimnya bekerja di belakang tabir, adalah satu tanggungjawab baginya memperkenalkan wajah-wajah baharu.

“Saya amat yakin dengan bakat dimiliki kesemua mereka yang terbabit dalam bidang seni.

“Niat saya cuma mahu membantu menaikkan nama mereka kerana setiap satunya punyai keistimewaan tersendiri.

“Mungkin tidak mudah tetapi itulah perjalanan seharusnya dilalui golongan yang baru saja memulakan langkah,” katanya pada sesi pengenalan artis naungan Guzzbuzz Productions baru-baru ini.

Pada majlis itu, Bobb memperkenalkan barisan penyanyi seperti Azan Scan dan Akid Aly yang memang orang Malaysia, sementara General Ling, Z-loco dan Ize Suliman pula dari Singapura.

Menariknya, setiap penyanyi punyai karakter dan genre muzik berbeza yang akan masing-masing ketengahkan.

Selain lagu-lagu berbahasa Melayu, Bobb turut memberi variasi terhadap karya-karya ciptaannya apabila mengeluarkan lagu berdialek Mandarin dan Hokkien, termasuk bahasa Inggeris.

Dalam tempoh hampir enam tahun, Bobb banyak menghabiskan masanya di studio rakaman di Malaysia dan juga Singapura.

Pada masa sama, Bobb berharap supaya dapat terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak lagu-lagu buat artis Malaysia dan Singapura.

“Saya berharap dapat terus menghasilkan karya di sini di samping menjalin lebih banyak kerjasama dengan rakan industri di Malaysia.

“Semoga artis-artis Singapura naungan syarikat saya juga diterima oleh peminat di sini,” katanya.  – KopiPlanet.com

The post Guzzbuzz Tampilkan Barisan Artis Naungannya, Gabungan Bakat Baharu & Legend Dua Negara appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.