Alhumaira Buka Flagship Store Di KL East Mall, Masih Kekal Jadi Pilihan Penggemar Fesyen Muslimah
Tidak dinafikan bahawa dua tahun berhadapan dengan pendemik yang menyukarkan seluruh umat dunia, ternyata ia turut memberi kesan kepada Alhumaira dalam meneruskan empayar perniagaannya.
Berbekalkan semangat selama 12 tahun berkecimpung di perniagaan industri fesyen Muslimah tanah air, Alhumaira kini mengorak langkah dengan pembukaan flagship store pertama di dalam pusat membeli-belah iaitu di KL East Mall.
Pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli berkata, ia merupakan butik pertama Alhumaira di dalam pusat beli-belah dan juga batu loncatan buat mereka untuk terus berkembang lebih maju.
“Dengan pembukaan butik ini juga, ia secara tidak langsung dapat memenuhi hajat penggemar fesyen Muslimah agar menyediakan rapian yang berkualiti tinggi dan menarik.
“Dekorasi, gaya dan warna yang dilontarkan pada butik ini mengutamakan keselesaan para pengungjung membeli belah dan menarik hati mereka untuk mengunjunginya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Hani Elia menambah, naik turun sesebuah perniagaan itu adalah lumrah buat mereka yang berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Jelasnya, usaha kuat dan kekal positif merupakan elemen penting yang perlu ada di dalam diri setiap usahawan, apatah lagi dalam mengharungi pandemik Covid-19.
“Jangan mudah berputus asa dalam memberikan yang terbaik buat semua, terutama kepada keluarga Alhumaira dan juga penyokong Alhumaira selama ini. Keputusan saya untuk membuka cawangan butik di dalam pusat membeli- belah setelah kita menghadapi zaman pandemik Covid-19 ternyata bukanlah sesuatu yang mudah.
“Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira. Namun, kami di Alhumaira percaya bahawa langkah ini merupakan permulaan bagi kejayaan pada masa hadapan. Saya percaya, pemilihan lokasi di dalam pusat beli-belah ini juga tentunya memberi kemudahan kepada penggemar Alhumaira, juga untuk menarik minat orang baru untuk memilih jenama kami dan fesyen Muslimah yang kontemporari,” katanya.
Flagship store Alhumaira terletak di tangkat G2 pusat beli-belah KL East Mall yang mempunyai keluasan 1,800 kaki persegi dan beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Cukup istimewa juga, kerana rekaan dalaman butik Alhumaira ini memberikan nafas tersendiri dengan mengetengahkan tema ‘seamless’ dan ‘elegan’.
Malah, jenama ini juga tidak melupakan sentuhan feminin sebagai lambang identiti jenama fesyen Muslimah yang sofistikated lagi menawan.
Pembukaan flagship store Alhumaira telah diadakan pada 26 Mac lalu dengan disaksikan bukan sahaja penggemar setia jenama berkenaan, malahan juga kehadiran beberapa barisan Instafamous termasuk duta Alhumaira sendiri iaitu Qasrina Qarim.
Hari pertama pembukaan Alhumaira, telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat yang terdiri daripada pengunjung sekitar usia 20-an sehingga 50-an.
Seawal jam 8.30 pagi lagi, pengunjung sudah beratur dan bersedia untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan di butik terkini Alhumaira ini.
Selain disuakan dengan pelbagai koleksi baharu dan lama, para pengunjung juga dapat beramah mesra bersama para influencers Muslimah yang turut menghadiri majlis pelancaran ini.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disajikan buat para pengunjung, antaranya adalah pertunjukan koleksi Raya terbaharu, sesi penggayaan hijab bersama hijab stylist terkemuka, Didiyana Ehsan.
Tetamu yang datang juga dapat bergambar bersama Qasrina Karim dan pengacara majlis Dayah Bakar,disamping membabitkan diri dalam aktiviti ‘spin and win’.
Bersempena dengan pembukaan butik ini juga, Alhumaira mengambil kesempatan melancarkan koleksi khas Raya mereka, yang diberi nama #SempurnaRaya2022 sebagai persediaan awal menyambut bulan Syawal.
Para pengunjung yang hadir berasa amat teruja kerana berpeluang menjadi barisan awal yang dapat membeli koleksi ini.
Hadir dengan 2 jenis tudung iaitu printed dan plain, koleksi #SempurnaRaya2022 ini mempunyai lebih daripada 6 Barisan Nama yang di mana Alhumaira akan memperkenalkan satu persatu pada setiap minggu bermula pada awal bulan Mac lalu sehingga awal Mei depan, melalui media sosial Alhumaira.
Terdapat pelbagai latar belakang para pengunjung yang tiba pada hari perlancaran ini.
Antaranya, ada yang datang dari Sabah ke Kuala Lumpur untuk menjadi saksi perlancaran butik terbaharu ini dan ingin berjumpa dengan duta Alhumaira, Qasrina Karim.
Selain itu, rata- rata daripada pengunjung hadir bagi merebut peluang menjadi barisan awal membeli koleksi cantik daripada #SempurnaRaya2022.
Terharu menyaksikan kunjungan yang amat menggalakkan ini, Alhumaira menyasarkan pembukaan butik di lokasi Shah Alam atau Setia Alam bagi memenuhi permintaan para penyokong di kawasan tersebut. – KopiPlanet.com
The post Alhumaira Buka Flagship Store Di KL East Mall, Masih Kekal Jadi Pilihan Penggemar Fesyen Muslimah appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: