Alami Masalah Gastrik, Ziana Zain Akhirnya Selamat Jalani Rawatan Bariatik
Penyanyi dan pelakon popular, Ziana Zain akhirnya telah selamat menjalani rawatan untuk mengatasi masalah gastrik yang dialaminya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Ziana berkata doktor yang merawatnya menjelaskan masalah tersebut berlaku berpunca daripada saluran ulu hati yang longgar.
“Syukur Alhamdullilah Kak Ziana dah selamat mejalani rawatan untuk gastrik Kak Ziana. @dr.mustafamt menjelaskan angin yang selalu menyerang Kak Ziana rupanya berpunca dari saluran ulu hati yg dah longgar so cecair gastrik blh senang masuk ke saluran itu.
“Alhamdulillah berkat dari kepakaran Dr. Mustafa Kak Ziana dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa. InsyaAllah bebas dari gastik dan tekanan darah tinggi Kak Ziana kembali normal.. Aamin,” ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi berkenaan memaklumkan bahawa ragatan Bariatik bukanlah hanya untuk penurunan berat badan semata-masa.
“Mungkin ramai yang berfikiran bahawa Rawatan Bariatic ini hanya untuk penurunan berat badan, sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol dan diabetic juga.
“Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca dari permasaalahan perut. Bagi Kak Ziana yang penting kita kena cegah sebelum parah,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Alami Masalah Gastrik, Ziana Zain Akhirnya Selamat Jalani Rawatan Bariatik appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: