Ads Top

Perniagaan Terjejas, Cat Farish & Shikin Maembong Akui Berhadapan Dengan ‘Gangguan Mistik’

Penyanyi dan pelakon, Cat Farish mengesyaki dia dan isterinya, Shikin Maembong berhadapan dengan ‘gangguan mistik’ apabila perniagaan makanan berasaskan pisang yang diusahakan mereka mengalami kemerosotan.

Cat Farish berkata, perkara berkenaan berlaku sejak tiga bulan lalu apabila perniagaan mereka seperti tidak menjadi setelah menyertai beberapa karnival usahawan.

“Biasanya kami akan berjaya menjual kira-kira 200 kilogram pisang dalam sesebuah acara karnival. Namun, sekarang ni nak habiskan 50 kilogram pun susah.

“Pada mulanya saya dan isteri tertanya-tanya juga apa punca perniagaan kami ni tak berapa menjadi sehingga menjejaskan pendapatan kami,” ujarnya.

Penyanyi itu berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Malaysia Hobby Expo 2023 yang berlangsung di sebuah hotel kelmarin.

Jelas Cat, pada mulanya dia dan isteri tidak percaya mengenai gangguan mistik berkenaan sehingga berlaku beberapa kejadian aneh membabitkan mereka.

“Semasa menyertai sebuah karnival tu, kami terjumpa banyak duit syiling Thailand di tapak kedai kami. Apabila dirujuk, ada yang memberitahu ia seperti tanda ada orang cuba ‘hantar’ sesuatu.

“Sebenarnya kami bukan nak percaya sangat pasal syiling tu, cuma ia memang tak masuk asal sebab kami tak guna syiling yang banyak dan lebih pelik ia syiling dari negara Thailand,” ujarnya.

Menurutnya, ketika merujuk perkara berkenaan seorang ustaz, dia diberi peringatan supaya mengambil duit syiling berkenaan dengan melkpik dengan kain dan diletakkan di dalam sebuah bekas lalu ditutup.

Pada masa sama, Cat juga memaklumkan terdapat beberapa lagi insiden lain seperti kaki salah seorang pekerjanya tiba-tiba membengkak.

“Kalau ditanya kami ada mengesyaki seseorang yang cuba menganiaya perniagaan kami, saya memang tidak tahu dan tidak syak siapa-siapa pun.

“Apapun akibat daripada apa yang berlaku ini, kami tidak lagi membuka gerai jualan di acara karnival dan hanya tertumpu di rumah sahaja,” ujarnya.

Cat dan kumpulan Ruffedge akan mengadakan persembahan di Konsert Passion of Sound pada 2 Disember ini, yang juga menjadi sebahagian daripada kemuncak acara Malaysia Hobby Expo 2023. 

Malaysia Hobby Expo 2023 yang akan berlangsung selama dua hari pada 2 dan 3 Disember ini akan turut menyaksikan persembahan artis popular iaitu Gerhana Ska Cinta, Insomniacks, Saixse dan Hujan. – KopiPlanet.com

The post Perniagaan Terjejas, Cat Farish & Shikin Maembong Akui Berhadapan Dengan ‘Gangguan Mistik’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.