Ads Top

Tampil Seksi Bersinglet Putih Ketika Bercuti, Emma Maembong Jadi Bualan Netizen

Pelakon popular Emma Maembong yang kini sedang bercuti di Bali menjadi bualan netizen gara-gara tampil seksi dengan bersinglet putih.

Berkongsi gambarnya itu di akaun Instagram, pelakon berkenaan turut tampil bertocang dan mewarnakan rambut berwarna biru.

Bagaimanapun, penampilan pelakon itu lantas menjadi bualan sehinggakan ada yang beranggapan ia kurang sesuai kerana statusnya sebagai seorang isteri dan ibu.

“Semakin seksi sekarang! Kalau bertutup litup macam dulu balik kan lagi lawa.

“Simpanlah auratmu Emma! Semoga mendapat hidayah secepat mungkin, Allah dah kurniakan anak yang comel dan bijak.

“Semoga dapat hidayah, rindu Emma yang dulu. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Emma,” ujar beberapa orang netizen menerusi ruangan komen.

Tidak lama dahulu, pelakon itu pernah mencetuskan sensasi pada tahun 2019 selepas mengambil keputusan membuka tudung selepas beberapa keping foto tidak berhijab bersama seorang lelaki menjadi viral. – KopiPlanet.com

The post Tampil Seksi Bersinglet Putih Ketika Bercuti, Emma Maembong Jadi Bualan Netizen appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.