Ads Top

Tidak Pernah Umum Keluar Kumpulan, Din & Kid Tegaskan Mereka Search Yang ‘Original’

Umum mengetahui mengenai keadaan terkini kumpulan Search yang sekarang mempunyai dua pecahan setelah berlakunya beberapa konflik antara Din & Kid serta Amy dan Nasir.

Apa yang lebih menarik, terdapat dua konsert ‘Search’ yang akan berlangsung pada bulan Jun ini membabitkan kedua-duanya dalam tempoh jarak seminggu.

Sehinggakan, ramai peminat kumpulan rock popular itu tertanya-tanya yang mana satu kumpulan Search yang original setelah kedua-duanya menggunakan nama kumpulan yang sama.

Din Din atau nama penuhya, Noordin Mohd Taib yang ditemui semasa pelancaran Konsert Search Rockin’ On Rooftop menegaskan Search yang dianggotai dia dan Kid serta Yan, Minn dan vokalis baharu mereka iaitu Denden Gonjalez yang ‘original’.

“Kalau ditanya mana satu Search yang ‘original’, sudah pasti kami adalah yang asli. Saya nyatakan perkara ini kerana saya dan Kid tidak pernah mengumumkan keluar daripada Search berbanding pihak sebelah sana.

“Jika ada kenyataan yang kami pernah kata keluar Search, sila tunjuk bukti kepada kami. Memang kami tidak gentar dan berani kerana benar,” jelasnya.

Dalam pada itu, Din menyatakan dia memilih untuk bersikap terbuka dan tidak kisah jika ada segelintir peminat menganggap kewujudan Search bersama Amy adalah yang asli.

Jelasnya, buat masa ini mereka mahu meneruskan perjuangan dalam bidang muzik dan tidak mahu bergaduh dengan mana-mana pihak.

“Sama ada nak sokong Search yang ‘sana’ atau yang ‘sini’, kami terbuka. Apa yang lebih utama kami teruskan perjuangan ini sebab nak terus berkarya dan ‘enjoy’ muzik Search,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai konsert dirancang pada 11 Jun ini di Kompleks Campbell bakal menampilkan kelainan terutama daripada segi bunyian, pencahayaan, rekaan pentas dan pemilihan lagu.

Mereka merancang membawakan 14 hingga 17 lagu, termasuk lagu yang jarang-jarang dan tidak pernah dimainkan Search dalam konsert sebelum ini.

Selain itu, kehadiran Denden, Yan dan Minn juga bakal memberikan arah muzik dan ‘sound’ yang lebih segar daripada Search.

Konsert berkenaan juga bakal menampilkan Ratu Rock, Ella sebagai penyanyi undangan dan bakal berduet dengan Denden.

Tiket-tiket konsert berharga RM88, RM198 dan RM298. Bagaimanapun, tiket berharga RM88 sudah habis dijual. Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell manakala untuk pembelian dalam talian, layari laman web www.fenomenasearch.com. – KopiPlanet.com

The post Tidak Pernah Umum Keluar Kumpulan, Din & Kid Tegaskan Mereka Search Yang ‘Original’ appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.