Ads Top

Tiada Lagi Persefahaman Jadi Punca Mawar Rashid & Raf Ambil Keputusan Untuk Bercerai

Status hubungan antara Mawar Rashid dan Raf Yaakob akhirnya terjawab apabila pelakon itu 

sudah bercerai  dengan suaminya atas dasar tiada persefahaman.

Dalam satu perkongsian di Insta Story, perpisahan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama namun masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.

“Kami berdua sudah bersetuju untuk perpisahan ini atas dasar tiada persefahaman namun masih mempunyai hubungan baik. Fokus utama ketika ini ialah memberi sokongan dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak kami.

“Kerjasama dalam menjalakan tugas sebagai ibu bapa adalah sangat penting dan itu yang kami lakukan bersama ketika ini, insya-Allah,” ujarnya.

Pelakon itu turut meminta orang ramai memberi ruang dan mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Raf ketika ini.

“Kepada rakan media, hanya ini sahaja kenyataan daripada kami berdua dan harap anda menghormatinya.

“Kepada pengikut media sosial, kami memohon doa yang baik daripada anda semua,” ujarnya.

Pada masa sama, dia juga meminta orang ramai berhenti mencetuskan sebarang spekulasi tidak benar mengenai keretakan rumah tangganya ketika ini.

“Bukan mudah untuk kami berdua berkongsi mengenai hal perpisahan ini kepada anda semua. Namun ini adalah jalan terbaik buat kami berdua.

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan memberi kata-kata yang baik, semua itu sangat bermakna untuk saya dan Raf,” ujarnya.

Sebelum ini, Mawar mencuri perhatian ramai apabila bertindak memadam foto bersama Raf dan tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Malah, pasangan itu juga dikatakan sepatutnya hadir ke sebuah mahkamah syariah semalam bagi menyelesaikan urusan perceraian mereka. – KopiPlanet.com

The post Tiada Lagi Persefahaman Jadi Punca Mawar Rashid & Raf Ambil Keputusan Untuk Bercerai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.