Ads Top

Mahu Tamatkan Sengketa, Neelofa Harap Wujud Ruang Perdamaian Dengan Fazura

Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa Mohd. Noor berharap wujud ruang perdamaian antara dia dan pelakon, Nur Fazura selepas konflik antara mereka berlarutan bertahun-tahun lamanya.

Menerusi laporan Utusan Online, Neelofa berkata, sekarang sudah tiba masanya persengketaan antara mereka yang berlarutan selama berbelas tahun ditamatkan bagi membolehkan mereka melangkah ke fasa baharu.

“Saya mahu letak titik noktah terhadap semua ini. Kalau dikira sudah berbelas tahun, takkan nak tunggu sampai puluhan tahun baru nak berhenti.

“Kalau saya diberi ruang dan peluang untuk berdamai dan berbaik (dengan Fazura) dan melupakan isu-isu yang lepas, saya sambut dengan hati yang lapang, Insya-Allah.

“Saya rasa Fazura juga akan buat perkara yang sama. Masing-masing pun sudah ada keluarga dan anak. Jadi saya nak letakkan benda-benda yang lepas jauh ke belakang,” katanya. 

Neelofa berkata demikian ketika diminta memberi pandangan tentang dakwaan yang mengaitkan peminatnya bertindak menimbulkan tuduhan kononnya Fazura pergi ke kelab malam dengan memakai topi dan berhoodie.

Ujar Neelofa, dia berharap agar segala kebaikan yang bakal terjadi antara dia dan Fazura dijadikan contoh dan iktibar kepada peminat masing-masing.

“Bukanlah nak kata nak jadi Best Friend Forever (BFF) dan sebagainya, tidak. Cukup sekadar kami membuka lembaran baharu.

“Moga dengan ini peminat masing-masing dan netizen dapat kebaikan daripada apa yang kami buat dan tinggalkan,” kongsinya. – KopiPlanet.com

The post Mahu Tamatkan Sengketa, Neelofa Harap Wujud Ruang Perdamaian Dengan Fazura appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.