Ads Top

Vokalis Kumpulan Jinbara, Tia Disahkan Meninggal Dunia Akibat Penyakit Kanser Hati

Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Jinbara,  Tia menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.17 malam tadi. 

Berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh isterinya iaitu Suzan Ahmad dan memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam.

“Ya betul, dekat Hospital Shah Alam dalam pukul 9.17 malam tadi.

“Sekarang saya tengah uruskan dekat hospital,” katanya.

Pada minggu lalu, Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam selepas mengadu sakit perut melampau dan sukar bernafas.

Bagaimanapun doktor mengesahkan Tia menghidap kanser hati dan perlu melakukan pembedahan hati dengan kadar segera.

Pada Selasa, Suzan memaklumkan kepada mStar suaminya itu memerlukan RM250,000 bagi melakukan pembedahan hati dengan kadar segera.

Pembedahan itu kata Suzan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan sel barah terus melarat.

Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria berusia 53 tahun. – KopiPlanet.com

The post Vokalis Kumpulan Jinbara, Tia Disahkan Meninggal Dunia Akibat Penyakit Kanser Hati appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.