Uyaina Arshad Mungkin Jalani Pembedahan Atasi Masalah Jantung
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menyatakan dia mungkin akan menjalani pembedahan untuk mengatasi masalah jantung yang dihadapinya sekarang ini.
Bagaimanapun, Uyaina menyatakan buat masa ini doktor yang merawatnya itu akan menangguhkan buat sementara pembedahan tersebut ke satu tempoh yang akan ditetapkan.
“Kalau ikutkan ada dua pembedahan yang perlu dilakukan. Pembedahan yang pertama bagi memastikan agar degupan jantung saya berlaku secara normal.
“Bagi pembedahan yang kedua pula adalah memasukan alat bantuan jantung (VAD) mekanikal dan ia akan bertahan antara 20 hingga 30 tahun,” ujarnya.
Uyaina ditemui KopiPlanet.com ketika ditemui semasa majlis pelancaran program raya Astro yang berlangsung di sebuah hotel minggu lalu.
Menurutnya, buat masa ini juga dia hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang harus dimakan tepat pada masanya, selain perlu menjaga pemakanan dan langsung tidak boleh mengambil minuman kopi.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perkembangan kariernya sekarang, dia yang mula popular menerusi drama bersiri Lelaki Kiriman Tuhan itu kini turut melebarkan sayapnya ke Indonesia.
“Ketika ini saya sedang menjadi pengacara untuk program Akademi Sahur Indosiar. Selain itu, saya terlibat dengan sebuah sinetron berjudul Pintu Berkah Ramadan.
“Memandangkan kini terlibat dengan sinetron, saya juga sedang berusaha mempelajari bahasa Indonesia. Dengan cara ini ia lebih memudahkan saya untuk kukuh bertapak di sana,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Uyaina Arshad Mungkin Jalani Pembedahan Atasi Masalah Jantung appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: