Ads Top

“Takpelah… Maybe Macam Tu Joke Yang Ok Bagi Dia…” – Baby Shima Sindir Janna Nick?

Baru-baru ini pelakon popular Janna Nick mendapat teguran daripada seorang pendakwah iaitu Ustazah Asma’ Harun susulan tindakann pelakon itu ‘bersumpah’ di depan makam Rasulullah menerusi drama terbaharu lakonannya iaitu Surat Dari Tuhan.

Selain mendapat perhatian netizen, penyanyi dangdut popular iaitu Baby Shima juga tidak terkecuali memberikan reaksi mengenainya.

Menerusi Insta Story miliknya, Baby Shima memberikan kata-kata sinis dilihat seperti ditujukan kepada Janna, meskipun tidak menyatakan nama pelakon berkenaan.

“Tak pelah… maybe macam tu joke yang ok bagi dia…

“This is a joke…,” ujarnya.

Sebelum ini, Janna pernah memberikan komen di satu posting di akaun Baby Shima dengan menyatakan dia tidak gemar penyanyi itu mencipta kontroversi melibatkan isu sensitif.

Ia berikutan tindakan penyanyi dangdut tersebut yang memuat naik sebuah video menggunakan filter ‘I Stand With Israel’ sehingga mendapat reaksi ramai.

Menurut Janna lagi, sekiranya ingin mencipta kontroversi sebaik-baiknya jangan mengaitkan isu sensitif demi meraih perhatian ramai. – KopiPlanet.com

The post “Takpelah… Maybe Macam Tu Joke Yang Ok Bagi Dia…” – Baby Shima Sindir Janna Nick? appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.