Dilihat Kurang Sopan Tajuk Filem Bra Merah Terpaksa Diubah Kepada Vik2ria Secret
Penerbit filem Vik2ria Secret, Richaed Ung mengakui bahawa tajuk asal filem terbaharu terbitannya itu pada asalnya adalah ‘Bra Merah’.
Richard berkata, idea untuk menggunakan tajuk Bra Merah itu tercetus daripada salah seorang rakan baiknya yang juga bekas pengerusi Finas.
“Untuk makluman semua, tajuk asal filem ini sebenarnya Bra Merah. Malah, ia merupakan Idea asal seorang kawan baik saya yang pengerusi FINAS.
“Ada satu masa itu saya dan dia duduk bersembang dan akhirnya tercetuslah idea untuk buat filem ini dan tajuk pula dicadangkan olehnya,” jelasnya.
Ujar Richard, selepas tajuk tersebut diutarakan kepada pihak FINAS, ia terpaksa diubah selepas dilihat kurang sesuai dengan penerimaan penonton selain kedengaran kurang sopan.
Menurutnya, setelah perbincangan dilakukan, akhirnya mereka sepakat memilih tajuk Vik2ria Secret yang lebih santai dan sesuai.
Vik2ria Secret mengisahkan tentang Viki (anak yatim piatu) pergi ke Kampung Horni dalam kegembiraan tetapi perjalanan dia penuh dengan dugaan. Dia bertemu dengan Ria dan mereka menjadi kawan karib sehingga membuka Butik pakaian dalam wanita yang mereka namakan “Vik2ria Secret”.
TOK KK ketua kampung flamboyant dan Cross Dresser mahu bertanding sebagai wakil rakyat (YB) kawasan itu dan pesaingnya ZAMRI. Peluang cerah timbul kepadaZamri dengan kehadiran Viki dan pembukaan butik itu. Pelbagai kontroversi buat TOK KK makin bertindak tak rational dan menimbulkan kemarahan kepada Viki yang rasa kurang senang mengapa dia dan butiknya menjadi sasaran Tok KK kononnya perbuatan mereka mempunyai agenda yang merosakkan akhlak orang kampung.
Sementara itu, Richard turut memberitahu bahawa filem tersebut pada awalnya untuk disiarkan di platform Over The Top (OTT), namun diubah ke tayangan pawagam disebabkan beberapa kekangan termasuk kos.
“Saya pada awalnya ingin menayangkan filem ini di platform OTT di bawah naungan saya, My Wayang. Namun sayang sekali, kos untuk menguruskan OTT sangat besar dan saya sedang berusaha untuk selesaikannya. Sebab itu ada perkataan yang agak kasar seperti ‘sial’ digunakan dalam filem sebab plan asal untuk OTT.
“Kalau letak di OTT tidak perlu melalui proses LPF (Lembaga Penapisan Filem). Tambahan lagi, disebabkan tukar dan tayang di pawagam, jadi ada beberapa babak yang dilihat mampu membantu penceritaan filem telah pun dipotong,” ujarnya.
Filem berkenaan sudah mula ditayangkan di pawagam mulai hari ini di pawagam seluruh negara. – KopiPlanet.com
The post Dilihat Kurang Sopan, Tajuk Filem Bra Merah Terpaksa Diubah Kepada Vik2ria Secret appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: