Ads Top

FFM32 Pertandingkan 22 Kategori, Filem Astro First Turut Boleh Dicalonkan

Perbadanan Kemajuan Film Nasional Malaysia (FINAS) telah membuka pencalonan Festival FilemMalaysia ke-32 (FFM32) yang akan berlangsung pada 2 Disember 2022 di Melaka dengan tema Filem Kita, Citra Kita.

Pengerusi FINAS, YB Senator Datuk Seri Zurainan Musa berkata, pencalonan awal FFM32 akan bermula pada 23 Ogos sehingga 30 September 2022 ini serta senarai kategori yang bakal dipertandingkan.

“Penganjuran FFM32 amat signifikan dan member makna besar terhadap industri perfileman negara khususnya dalam meraikan karya-karya serta sumbangan karyawan tempatan.

“FFM harus diraikan dan dirakyatkan sebagai acara nasional bukan sahaja daripada aspek penganjurannya tetapi impak kepada penjenamaan film tempatan sebagai sektor penting yang menyumbang kepada ekonomi kreatif dan budaya negara,” ujarnya.

Penganjuran malam anugerah berprestij FFM32 dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia K-KOMM) merupakan inisiatif Kerajaan membangunkan platform festival film dalam mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr. Md Nasir Ibrahim pula menvifatkan FFM32 sebagai manifestasi repada usaha Kerajaan melalui K-KOMM daliam memperkasakan industri perfileman hegara. 

Ujarnya, beberapa anugeran baharu turut diperkenalkan seperti Anugerah Filem Pendek Terbaik, Anugerah Seniman dan Seniwati Sepanjang Zaman.

“Ini menjadikan 22 kategori dipertandingkan dan selain filem tayangan pawagam, filem-filem yang ditayangkan di saluran Astro First turut boleh dicalonkan.

“Untuk FFM32 ini, penyertaan yang dibuka adalah filem-filem yang ditayangkan mulai 15 Julai 2021 hingga 30 September 2022,” jelasnya. 

Mengisi penganjuran kali ini, pelbagai program sisipan lain turut dirancang bagi memeriahkan sambutan selain memberi pendedahan kepada masyarakat tentang industri filem tempatan. 

Antara yang bakal dilaksanakan adalah tayangan filem bertanding, sesi bertemu calon FFM32, tayangan filem kenegaraan dan bengkel bersama FINAS. 

FFM32 mengangkat tema Filem Kita Citra Kita itu merupakan anjuran FINAS dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta RTM sebagai penyiar rasmi. – KopiPlanet.com

The post FFM32 Pertandingkan 22 Kategori, Filem Astro First Turut Boleh Dicalonkan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.