Ads Top

Amy Search Dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka, Kini Bergelar Datuk

Vokalis kumpulan Search, Suhaimi A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search menjadi antara 163 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka sempena Sempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Menerusi laporan Kosmo Online, dengan pengurniaan tersebut, ia membawa gelaran Datuk kepada penyanyi berkenaan.

Selain itu, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) di atas jasa beliau membantu mangsa banjir.

Darjah Kebesaran Melaka diberikan kepada kakitangan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, tokoh korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media massa dan ahli-ahli badan sukarelawan.

Istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran dijalankan tiga sesi iaitu pada 24 Ogos dan 27 Ogos. – KopiPlanet.com

The post Amy Search Dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka, Kini Bergelar Datuk appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.