Ads Top

AEON & IRAMA Jayakan Kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia

AEON CO. (M) BHD. (AEON) dan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) bekerjasama menjayakan kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia sempena meraikan Hari Kebangsaan ke-65.

Kempen yang akan berlangsung di Perkarangan AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan pada 31 Ogos, bermula pada pukul 10 pagi hingga 10 malam ini tampil dengan pelbagai aktiviti menarik kepada semua pengunjung pelbagai golongan masyarakat.

Antara aktiviti yang disediakan ialah Tukar Minyak Hitam Motorsikal Percuma (Kategori Kapcai), Bike Gathering (Kelab Motorsikal), Persembahan Artis Jemputan dan Persembahan Buskers (Music Box Buskers).

Selain aktiviti jualan dan pameran motorsikal, dua pentas iaitu di dalam serta diluar (perkarangan) Aeon Mall Nilai disediakan untuk pelbagai aktiviti serta hiburan pengunjung pada hari terbabit.

Tidak ketinggalan terdapat juga booth-booth dari pelbagai agensi kerajaan antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidadah Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer).

Ia sekaligus boleh dimanfaatkan oleh pengunjung untuk mendapatkan pengetahuan, maklumat terkini dan perkongsian dari agensi-agensi terbabit.

Mereka yang gemar menyanyi dan mengasah bakat, boleh menyertai pertandingan nyanyian Kita Merdeka Kami Anak Malaysia Mencari S7 & IRAMA Idol anjuran AEON, S7 dan IRAMA dengan sokongan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Ia akan bermula pada pukul 11 pagi di pentas utama di dalam AEON Mall Nilai dan akan berakhir pada pukul 1 tengahari.

Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga saringan iaitu di AEON Mall Nilai pada 31 Ogos, AEON Mall Tebrau City (17 September 2022) dan AEON Mall Bhd Bukit Mertajam (24 September 2022).

Pentas final akan berlangsung di AEON Mall Wangsa Maju pada 1 Oktober 2022 dengan hadiah yang ditawarkan ialah RM1000 beserta piala & sijil untuk juara, RM800 beserta piala & sijil untuk tempat kedua dan RM500 beserta piala & sijil untuk tempat ketiga.

Objektif pertandingan ini bertujuan mencari bakat baru untuk diketengahkan dalam industri seni tanah air.

Ia akan disusuli program Dari Yayasan Anti Rasuah pada pukul 1 tengahari hingga 2 petang dan seterusnya pertandingan buskers dari pukul 2 petang hingga 6 petang.

Dalam masa sama, acara dan aktiviti lain yang dirancang akan turut berlangsung serentak di booth masing-masing yang terdapat di situ.

Mel Rockanova akan menghiburkan pengunjung pada acara mini konsert yang akan berlangsung pada pukul 5 petang di pentas di dalam AEON Mall Nilai.

Acara hiburan yang juga kemuncak program pastinya ditunggu-tunggu kerana menampilkan barisan artis berbilang kaum bagi menghiburkan pengunjung yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Program dinamakan Konsert Merdeka yang bermula pada pukul 8.30 malam akan menampilkan DR SAM yang popular menerusi lagu patriotik Saya Anak Malaysia, Aris Ariwatan, Ezad Lazim, Eka Hazika, Winnie K, manakala pengacara ialah Hairul Nizam (DIVA).

AEON dan IRAMA berharap agar kempen ini dapat menyuntik semangat patriotik dikalangan rakyat Malaysia agar terus cintakan negara.

Sebagai pasar raya yang menjadi pilihan utama pengguna, AEON sentiasa ingin menyuntik dan memupuk semangat cintakan negara setiap warganegara tanpa mengira peringkat usia. 

Ini juga merupakan salah satu usaha AEON memberikan pengalaman baharu kepada pengunjungnya dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti sosial yang sihat. – KopiPlanet.com

The post AEON & IRAMA Jayakan Kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.