“Anak Kami Memang Suka Pakai Mekap Dan Suka Melaram” – Che Ta Balas Kritikan Netizen Yang Kecam Anaknya Suka Bersolek
Pelakon popular, Rozita Che Wan atau Che Ta membalas kritikan segelintir netizen yang mengecam anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang dilihat suka bersolek.
Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Che Ta menegaskan dia tidak menghalang sekiranya anaknya itu gemar berbuat demikian.
“TOLONG DENGAQ!!! Hampa taknak siapkan anak hampa itu masalah hampa!! Anak kami memang suka besiappppp!! Takkan la dia nak melaram kami nak laranggg. Contoh anak hampa suka melukih, takkan hampa nak marah depa melukihhh.
“Anak kami memang suka pakai mekap dan suka melaram..karang kalau marah dia, dok melalak..merajuk..satu keja kami nak pujuk tak memasalllllll,” tegasnya.
Che Ta berkata, perbuatan yang dilakukan anaknya itu juga adalah diwarisi daripada dirinya, malah menasihati agar mereka yang mengkritik itu agar menjaga anak sendiri.
“Mak dia ratu Malaysia dulu kot, yang hampa pun…mana tak tumpah kuah kalau tak ke spagetti tak gitu? Hahahha, ke nasi la hampaa..saja ja melawak…kadang kadang kami pening tau. Yang komen semua guna fake account, sekali kami libas guna bulu mata kami yang setebai 7 petala langit ni baru hampa tauuuuu
“Karang tak letup hampa kata kami tak pandai jaga anak, karang letup sangat hampa kata kesian zaman budak budak la itulah inilah..macam hampa dulu kecik kecik suka mandi sungai..mak pak larang pun hampa p terjun sungai kan..gitulah anak kami. Jaga anak hampa sendiri..sebok jaga anak orang..anak sendiri kelaparan..
“Hampa nak @aaisyahdhiaranaofficialni dok dalam guaaaaaaa kaaaa!!!” tulisnya. – KopiPlanet.com
The post “Anak Kami Memang Suka Pakai Mekap Dan Suka Melaram” – Che Ta Balas Kritikan Netizen Yang Kecam Anaknya Suka Bersolek appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: