Ads Top

S.O.G & Shila Amzah Kolaborasi Kali Kedua Menerusi Lagu Raya Seikhlas Hati

Kemenangan kumpulan S.O.G dan Shila Amzah dalam menjuarai Anugerah Juara Lagu Ke-36 yang lalu benar-benar berjaya membuka mata pemain muzik tanah air.

Kejayaan mereka sekaligus meletakkan satu ‘benchmark’ kepada muzik indie yang semakin berkembang seiring dengan muzik-muzik ‘mainstream’ yang ada.

Boleh dikatakan pengikut muzik indie ini juga tidak kurang ramainya dan boleh membantu menaikkan ekonomi muzik tanah air.

Oleh kerana kehangat kemenangan mereka masih lagi membara, Media Prima mengambil langkah dengan bekerjasama bersama S.O.G dan juga Shila Amzah dalam menerbitkan sebuah lagu baharu yang menjadi lagu tema untuk raya tahun ini bagi Media Prima.

Lagu ini dicipta oleh Raja Nazmin Shah manakala liriknya pula dicipta oleh Shila Amzah dan lagu ini dinyanyikan oleh S.O.G dan Shila Amzah sendiri.

Seiring dengan tema kempen Ramadan dan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima iaitu #SeikhlasHati, lagu yang dicipta ini juga menggunakan tajuk yang sama iaitu ’Seikhlas Hati’.

Menerusi lirik lagu ini juga, ia mengajak kita untuk saling bermaafan dan di kesempatan untuk kita terus memberi dengan seikhlas hati.

Pastinya masih lagi mengekalkan genre muzik S.O.G yang sama, lagu raya ini benar-benar memberi kelainan jika dibandingkan dengan lagu raya yang sedia ada.

Lagu ‘Seikhlas Hati’ nyanyian S.O.G dan Shila Amzah ini, edaran Alternate Records & Talents kini boleh di didengari di semua saluran digital bermula 18 April 2022, manakala muzik video akan mula di tayangkan di Youtube TV3 bermula pada 20 April 2022. – KopiPlanet.com

The post S.O.G & Shila Amzah Kolaborasi Kali Kedua Menerusi Lagu Raya Seikhlas Hati appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.