Ads Top

“Miskin Hina Hanyalah Kiasan Saja, Kena Banyak Membaca” – Fedtri Yahya Perjelaskan Lirik Lagu Sesuci Lebaran Didakwa Toksik

Baru-baru ini seorang netizen mendakwa tentang lirik ‘Bantulah Miskin Hina’ yang terdapat dalam lagu Sesuci Lebaran nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan menghina orang miskin dan toksik.

Ternyata, video yang dibuat oleh netizen berkenaan menjadi viral sehingga mendapat pelbagai reaksi ramai pihak mengenai perkara tersebut.

Oleh yang demikian, penyampai radio Buletin FM yang juga seorang penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya tampil membuat penjelasan.

Fedtri berkata, lirik ‘miskin hina’ dalam lagu itu bukanlah bermaksud menghina orang miskin, namun ia hanya perkataan yang menunjukkan miskin itu tarafnya lebih rendah daripada kaya.

“Ia bukan bermakna kita kutuk atau menghina, tetapi menunjukkan merendahkan diri dan status sosialnya.

“Dalam doa pun kita digalakan menghina diri kepada Allah, merendah diri untuk memohon sesuatu yang terbaik. Kita perlu meletakkan diri kita di bawah, di atas hanya Allah yang berkuasa,” jelasnya.

Fedtri berkata, setiap orang juga perlu banyak membaca kerana bahasa Melayu itu banyak maksud dan kiasannya, malah banyak falsafah di sebalik perkataan.

“Miskin hina hanyalah kiasan saja, kena banyak membaca,” ujarnya.

Secuci Lebaran merupakan sebuah lagu yang dicipta oleh Allahyarham Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anuar Harun pada tahun 2003. – KopiPlanet.com

@fedtriyahya

Miskin hina hanyalah kiasan saja. Kena banyak membaca 😀 #sesucilebaran

♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

The post “Miskin Hina Hanyalah Kiasan Saja, Kena Banyak Membaca” – Fedtri Yahya Perjelaskan Lirik Lagu Sesuci Lebaran Didakwa Toksik appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.