Ads Top

Hazama & Tuju Bergabung Sampaikan Mesej Positif Menerusi Single Baharu Fasa

Dunia muzik tanah air dimeriahkan lagi dengan single terbaharu berjudul Fasa, hasil gandingan hebat penyanyi terkenal iaitu Hazama dan Tuju. Gabungan dua artis dari genre berbeza ini pastinya menyengat dan mendapat perhatian ramai. 

Hazaman berkata, single Fasa muncul setelah sekian lama dia tidak menghasilkan sebarang single baharu.

“Pandemik Covid-19 ini benar-benar menguji semua orang. Sebagai anak seni, saya juga tidak terlepas dengan ujian ini. Sepanjang dua tahun ini macam-macam yang telah saya lakukan demi kelangsungan hidup. Alhamdulillah saya berjaya bertahan dan kena cekal kerana pasti segala kejadian ini ada hikmahnya.

“Jadi, lagu FASA yang disampaikan ini diselitkan dengan mesej-mesej positif untuk memberi semangat kepada semua. Tidak dapat dinafikan, semua orang ada FASA tersendiri yang perlu ditempuhi. Namun apa yang penting kita perlu kuatkan semangat dan jangan pernah mengalah,” ujarnya.

Gandingan Hazama iaitu Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah pula merupakan seorang anggota kumpulan K-Clique yang kian meningkat naik.

Paduan dua suara ini benar-benar serasi dan bersesuaian dengan konsep lagu ini. Lagu FASA merupakan hasil ciptaan dan lirik Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat dan Tuju.

Muzik video Fasa nyanyian Hazama feat. Tuju akan dilancarkan di channel YouTube Alternate Records & Talents bermula 14 Mac lepas dan single Fasa edaran Alternate Records boleh didapati di semua platform strim digital sejak 18 Februari lalu. – KopiPlanet.com

The post Hazama & Tuju Bergabung Sampaikan Mesej Positif Menerusi Single Baharu Fasa appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.