Ads Top

Autumn In Wales Paparan Kisah Romantik Berlatarbelakangkan Keindahan Negara Wales

Astro First akan membawa penonton terbang menikmati keindahan negara Wales dan diiringi ‘mood’ romantis sepanjang menonton filem romantik komedi pertama tempatan tahun ini, Autumn In Wales bermula 24 Mac lalu.

Penerbit, Datuk Normashayu Puteh berkata, filem berkenaan bukan sekadar filem romantik komedi biasa, tetapi selain mempertaruhkan jalan cerita yang mampu menyentuh perasaan dan dekat dengan hati penonton, ia turut di hiasi dengan sinematografi menarik di Wales.

“Kami percaya, jarang filem tempatan mengetengahkan keindahan negara tersebut dan sedikit sebanyak mampu menyuntik keterujaan penonton yang rindukan aktiviti melancong ke negara luar dalam norma baharu sekarang ini. Mengenai pemilihan pelakon pula ia menggabungkan selebriti tanah air daripada kelompok sasaran yang berbeza.

“Kami yakin percaturan Jaa Suzuran selaku teraju utama mampu menghidangkan satu kelainan, tambahan pula wataknya mempunyai karakter tersendiri iaitu seorang yang kelakar serta sentiasa mengagungkan dialek ibundanya walau ke mana dia pergi,” ujarnya.

Ujarnya, menambahkan lagi ‘mood melancong’ dalam kalangan penontonnya, filem arahan pengarah Rahila Ali ini juga dipadatkan lagi dengan tempat-tempat dan sinematografi memukau serta penampilan koleksi-koleksi busana yang menarik ketika melancong, di samping bersantai dengan telatah mencuit hati menerusi setiap watak.

Autumn In Wales mengisahkan tentang Aira seorang gadis manja yang menanti detik bahagia bersama tunangnya, Darwish. Menjelang hari perkahwinan mereka, Aira telah pergi ke Wales untuk membuat kejutan buat Darwish.

Ketika di Wales, satu insiden berlaku pada Aira dan Jaka a.k.a Jejaka Kacak berasal daripada pantai timur ingin memulakan hidup baru di Wales selepas berpisah dengan kekasih yang rupanya dua alam.

Selain Jaa Suzuran, filem tersebut turut membariskan selebriti popular tanah air seperti Eyka Farhana, Keith Foo, Wanna Ali, Joey Daud, Amyza Adnan, Sissy Iman, Fara Mendoza, Wanns Ahmad dan Amirul Haswendy.

Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya terus komited dalam memantapkan lagi barisan filem yang akan ditayangkan di platform Astro First.

“Menerusi filem Autumn In Wales, ia menyaksikan usaha sama buat kali kedua oleh pihak Astro First bersama penerbit dan produksi Pencil Pictures And Record selepas filem Ada Apa Dengan Dosa yang ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First pada tahun 2020.

Kami amat berbesar hati di atas kepercayaan yang diletakkan oleh penerbit terhadap keupayaan platform Astro First dalam memasarkan karya mereka kepada umum. Dan sejajar dengan itu, kami akan terus memperhebatkan lagi inisiatif dalam menyokong penerbit tempatan dalam mengetengahkan karya terbaik, sekali gus merancakkan ekonomi industri perfileman Malaysia,” ujarnya.

Langgan dan saksikan Autumn In Wales Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 24 Mac 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. – KopiPlanet.com

The post Autumn In Wales Paparan Kisah Romantik Berlatarbelakangkan Keindahan Negara Wales appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.