Ads Top

Guru Beri Hukuman Kejam, Murid Dipaksa Hentak Kepala Ke Dinding Bilik Darjah 100 Kali

Pelik tapi benar, itu juga yang berlaku kepada dua pelajar di daerah Nusa Tenggara, Indonesia apabila dihukum oleh sorang guru baru-baru ini gara-gara tidak memulangkan buku pinjaman.

Murid yang dikenali denhannnama Imanuel Frama dan Yugardi Sayuna itu dipaksa menghentakkan kepala pada dinding bilik darjah sebanyak 100 kali.

Perkara tersebut didedahkan oleh sepupu mangsa, Dolu Yosun yang berang dengan tindakan guru berkenaan.

Jelasnya, Imanuel pada mulanya diarahkan menghentakkan kepala ke meja sebanyak lima kali sebagai pengajaran kepada pelajar yang lain.

Namun dia diminta berbuat demikian sekali lagi di hadapan kelas tetapi kali ini perlu menghentak kepala ke dinding sebanyak 100 kali.

Pada kiraan ke 89, dia diminta mengulang semula hentakan kerana kerana guru berkenaan tidak mendengar bunyi hentakan. Kejam!

Dedah Dolu lagi, mereka juga diminta untuk mencuci tandas selain perlu berlutut dan mencubit telinga masing-masing sehingga luka.

Hukuman tersebut disaksikan oleh 34 pelajar dan salah seorang pelajar berjaya merakam video tanpa pengetahuan gurunya.

Video tersebut dimuat naik di media sosial lantas mencetuskan kemarahan golongan ibu bapa yang menganggap ia terlalu kejam.

Keluarga mangsa terus membuat laporan polis dan mahu guru tersebut dikenakan hukuman atas perbuatannya.

Enggan memperbesarkan hal tersebut, guru berkenaan bersama pengetua sekolah telah datang ke rumah mangsa untuk membuat permohonan maaf.

Pemohonan maaf itu bagaimanapun ditolak mentah-mentah oleh keluarga dan mereka enggan bertemu dengan wakil sekolah yang datang ke rumah.

Keluarga Imanuel nekad meneruskan laporan polis kerana tidakan guru tersebut sangat melampau dan tidak boleh diterima.

Dalam pada itu, guru berkenaan menyifatkan hukuman tersebut adalah pengajaran buat pelajar yang lain.

Jika buku itu rosak dan hilang, maka pelajar dan ibu bapa wajib menggantikannya. Imanuel dan Yufardi bukan sahaja tidak mengumpul buku yang dipinjam, malah menghilangkannya.

Guru tersebut turut menafikan dua pelajar terbabit dihukum menghentak kepala di dinding sebanyak 100 kali. Sebaliknya hanya 10 kali dan hukuman itu telah dipersetujui oleh dia dan pelajar terbabit. – KopiPlanet.com

The post Guru Beri Hukuman Kejam, Murid Dipaksa Hentak Kepala Ke Dinding Bilik Darjah 100 Kali appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.