Ads Top

Kali Pertama Berlakon Filem, Alicia Amin Alami Kecederaan Buku Lali Bengkak Ketika Penggambaran

Tampil kali pertama di layar perak menerusi filem The Disappearance of Irdina Adhwa, ternyata ia memberikan pengalaman dan cabaran tersendiri buat Alicia Amin.

Alicia berkata, ketika penggambaran telah berlaku satu insiden sewaktu babak antara dia dan Josiah Hogan sehingga dia mengalami kecederaan.

“Pada masa itu kami sedang menjayakan babak aksi, di mana Josiah mahu menetak saya. Secara kebetulan aksi itu dilakukan di lantai bilik air yang licin.

“Namun, malang tidak berbau apabila Josiah terjatuh sehingga dia terpijak kaki saya. Menang agak sakit sampaikan penggambaran dihentikan seketika apabila buku lali saya bengkak,” ujarnya.

Alicia berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pratonton filem berkenaan bersama pihak media yang berlangsung pada minggu lalu.

Filem yang menjalani penggambaran di Melaka dan Sabah itu mengisahkan tujuh pelajar kolej yang bercuti di sebuah banglo selepas selesai majlis graduasi mereka.

Namun, percutian menyeronokkan yang diharap dapat melepaskan mereka daripada tekanan sebagai pelajar akhirnya mengundang tragedi berdarah.

Dalam pada itu, Alicia berkata dia tidak menyalahkan sesiapa terhadap insiden yang berlaku kerana akur perkara sebegitu adakalanya boleh terjadi.

“Secara jujurnya saya tak salahkan mana-mana pihak, apatah lagi ia berlaku secara tidak sengaja. Lagipun ini adalah filem aksi dan segala kemungkinan boleh terjadi,” ujarnya.

Filem berkenaan diarakah oleh Kyle A Halim serta turut menampilkan pelakon-pelakon lain seperti Syazuwan Hassan, Bulan Terry, Nafiz Muaz, Melanie Tan, Nelissa Nizam, Hasmira Azmi dan Abbas Mahmoud.

The Disappearance of Irdina Adhwa bakal disiarkan di Astro First pada 24 Februari ini. – KopiPlanet.com

The post Kali Pertama Berlakon Filem, Alicia Amin Alami Kecederaan Buku Lali Bengkak Ketika Penggambaran appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.