Ads Top

Diuji Positif Covid-19 Sebanyak 78 Kali, Seorang Lelaki Perlu Jalani Kuarantin Selama 14 Bulan

Nasib kurang baik dilalui oleh seorang lelaki di Turki apabila dia diuji positif Covid-19 sebanyak 78 kali dan perlu menjalani kuarantin selama 14 bulan.

Itu juga yang terpaksa dihadapi oleh Muzaffer Kayasan sejak November 2020 seperti yang dilaporkan oleh portal Oddity Central baru-baru ini.

Terpaksa berhadapan dengan seribu satu kesukaran, lelaki ini bagaikan hilang punca untuk kembali meneruskan kehidupan seperti yang dinikmati sebelum ini.

Pada awalnya dia dijangki virus itu dan dimasukkan ke hospital. Pada ketika itu pelbagai rawatan dilakukan namun penyakitnya menjadi lebih teruk.

Menurut doktor, dia sebenarnya berjaya mengatasi gejala sahaja tetapi virus berkenaan kekal di dalam badannya selepas itu.

Apabila melakukan ujian, dia masih kekal positif sehingga terpaksa dikuarantin sama ada di hospital ataupun di rumah berbulan-bulan lamanya.

Perkara tersebut terjadi kerana Muzaffer menghidap leukemia serta beberapa gangguan lain melibatkan tubuh badannya.

Sudahnya, doktor menyarankan untuk dia mengasingkan diri daripada terus menjangkiti orang lain dan sedikit sebanyak memberikan kesan psikologi kepadanya.

“Saya tiada masalah namun bersedih kerana tidak dapat menyentuh orang tersayang. Saya juga tidak boleh mendapatkan vaksin kerana keadaan ini,” katanya sayu.

Mengikut laporan, dia tidak dapat bersemuka dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain dan hanya dibenarkan melihat anak dan cucu melalui tingkap sahaja. – KopiPlanet.com

The post Diuji Positif Covid-19 Sebanyak 78 Kali, Seorang Lelaki Perlu Jalani Kuarantin Selama 14 Bulan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.