Ads Top

Bergaduh Dengan Netizen Dugaan Terhebat Janna Nick, Akan Cuba Elak Timbulkan Sebarang Kontroversi

Pelakon popular, Janna Nick mengakui bergaduh dengan netizen merupakan cabaran terbesar buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.

Janna berkata, ternyata perkara yang berlaku tidak lama dahulu turut memberi impak kepada dirinya dan berharap kejadian sama tidak lagi berulang.

“Dugaan terhebat saya adalah bergaduh dengan netizen. Jadi, saya dah tak mahu nak bergaduh dengan sesiapa lagi.

“Kontroversi yang buruk itu sangat memberi impak kepada saya dan akan cuba elakkan selagi mana saya mampu dan akan lebih menumpukan kepada kualiti kerja,” ujarnya.

Janna berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran single baharunya iaitu Gatal yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, bercerita lebih lanjut mengenai lagu Gatal, Janna memberitahu ia adalah lagu ciptaan Aepul Roza yang menceritakan tentang menolak godaan lelaki yang sudah berpunya.

Ujarnya, lagu ini juga merupakan buah tangan terbaharu Janna buat peminat-peminat yang menantikan single baharunya setelah kali terakhir muncul dengan Akan Bercinta empat tahun lalu.

“Saya tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa ambil masa empat tahun untuk muncul dengan single baharu. Sebenarnya, apabila dikecam selepas selesai membuat persembahan di sebuah acara sehingga disuuh berhenti menyanyi, ia memang memberi kesan kepada saya.

“Pada masa itu, mungkin saya kurang bersedia dan latihan kerana terlalu sibuk sehingga menyanyi agak teruk. Jadi, saya ambil keputusan untuk hasilkan single baharu sekiranya ada masa terluang dan menganggap sekarang adalah masa yang paling sesuai,” ujarnya.

Jelasnya, demi memberikan fokus kepada nyanyian, dia sanggup mengurangkan aktiviti lakonan demi memberikan lebih banyak persediaan untuk single baharunya itu.

Gatal yang diterbitkan Warner Music boleh didapati di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music sejak 28 Januari lalu. – KopiPlanet.com

The post Bergaduh Dengan Netizen Dugaan Terhebat Janna Nick, Akan Cuba Elak Timbulkan Sebarang Kontroversi appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.