Ads Top

“Those Yang Terlalu Tak Suka Aliff Tu Korang Nak Macam Mana Sebenarnya?” Bella Astillah Berang Ada Pihak Tuduh Aliff Aziz Favourite Astro

Sepanjang berlangsungnya program Gegar Vaganza 8 (GV8), penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz dilihat antara peserta yang cukup konsisten dan kerap berada di kedudukan Top 3.

Bagaimanapun, ada pula segelintir pihak yang dilihat tidak berpuas hati apabila Aliff dikatakan favourite Astro sehingga mendapat lagu yang mudah saban minggu.

Melihat kepada situasi berkenaan, isteri kepada penyanyi tersebut iaitu Bella Astillah ternyata berang dengan tuduhan yang telah dilemparkan.

“Those yang terlalu tak suka Aliff tu korang nak macam sebenarnya? Keep saying Aliff ni favourite Astro? Sebab tu dapat lagu senang?

“Heyyy come on, sepatutnya kita yang rasa risau sebab ada beberapa peserta dapat lagu best-best. Kalau Aliff ni favourite, patutnya Aliff dapat lagu hebat kan??” tegasnya.

Selain itu, Bella juga membidas kenyataan seorang netizen di Twitter yang menyatakan persembahan suaminya itu ‘kosong’ dan tiada dinamik.

Ujar netizen berkenaan, biarpun Aliff mempunyai suara yang sedap, tetapi dia melihat tiadanya showmanship yang ditampilkan penyanyi itu.

“Excuse me? You tengok tak the show? ALIFF MENARI. You think sedang ke nak menyanyi sambil menari? Perempuan ni usually menarik takde masalah.

“But macam Aliff dia jangan kata menari buat tiktok pun tak jadi sebab dia tak reti. So please! Jangan tahu nak condem je. Cuba you nyanyi lagu Afghan tu,” tegasnya. – KopiPlanet.com

The post “Those Yang Terlalu Tak Suka Aliff Tu Korang Nak Macam Mana Sebenarnya?” Bella Astillah Berang Ada Pihak Tuduh Aliff Aziz Favourite Astro appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.