Ads Top

Avaa Vanja Mohon Diberi Hak Penjagaan Anak Buat Sementara, Khuatir Kebajikan & Akidah Anak Terabai

Pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah setelah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lalu. 

Peguam Syarie, Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli berkata anak guam mereka memohon agar diberi hak penjagaan sementara menunggu permohonan hadhanah penuh diputuskan kerana anak guam khuatir kebajikan dan akidah anak terabai sekiranya tidak dijaga beliau. 

“Avaa juga memfaikan injunksi bagi menghalang anak beliau dibawa keluar negara oleh suaminya yang turut mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat dan anak beliau juga mempunyai kewarganegaraan negara itu,” ujarnya.

Pada 28 Disember lalu, proses sulh hadhanah dan sebutan pertama kes cerai di Mahkamah Tinggi Syariah telah pun dijalankan.

Pada pagi tadi, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan kedua-dua permohonan injuksi dan interim hadhanah, di mana pelakon berkenaan telah berjaya dalam kedua-dua permohonan.

Dengan keputusan mahkamah tersebut, Avaa telah diberikan hak penjagaan sementara dan injunksi interim bagi menghalang anak beliau dibawa keluar dari negara.

Sebelum ini, media melaporkan yang Avaa membuat langkah pertama untuk memfailkan perceraian kerana beliau berpendapat bahawa rumah tangganya tidak dapat dipelihara jika dia terus tinggal bersama suaminya.

Avaa berharap tindakan undang-undang yang diambil dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya dan memohon doa daripada semua pihak supaya semuanya berjalan dengan lancar. – KopiPlanet.com

The post Avaa Vanja Mohon Diberi Hak Penjagaan Anak Buat Sementara, Khuatir Kebajikan & Akidah Anak Terabai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.