Ads Top

YouTuber Popular, Aqil Zulkiflee Tuntut RM1 Juta & Permohonan Maaf Terhadap Seorang Wanita Yang Didakwa Memfitnah Dirinya

Pemenang trofi kategori YouTuber Popular yang kali pertama diperkenalkan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34 November lalu, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang didakwa telah memfitnahnya.

Pengurus Krisis dan jurucakap Aqil Zukiflee berkata, yang notis tuntutan tersebut telah dihantar melalui serahan tangan dan pos berdaftar oleh firma guaman yang dilantik pada minggu ini. 

“Aqil Zulkiflee mengambil tindakan undang-undang tersebut bagi melindungi jenama peribadi, imej dan reputasi beliau,” kata Saiful Ridzuan selaku jurucakap.

Pada 24 Disember tahun lalu, seorang wanita yang dikenali dengan nama Siti Solehah Mohamed Ali yang menggunakan aplikasi Facebook dengan nama pengguna Auntie Soleha telah memuatnaik, menulis dan menerbit satu penyiaran yang didakwa berbaur fitnah.

Melalui kenyataan yang dimuatnaik, wanita tersebut telah menulis dan membuat dakwaan yang Aqil adalah seorang yang sombong dan berlagak, berpura-pura baik di dalam media sosial, tidak beradab, penipu, tidak hormat kepada peminat dan orang tua, tidak suka kepada kanak-kanak serta merupakan seorang yang talam dua muka.

Sementara itu, peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili Aqil Zulkilfee menegaskan yang komen-komen yang dilemparkan oleh individu tersebut kepada anak guam mereka jelas menunjukkan yang ianya bersifat fitnah, palsu dan kesemuanya merujuk kepada anak guam beliau.

“Anak guam telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat berikutan komen-komen yang tidak benar yang telah menjatuhkan reputasi dan mencalar kredibiliti beliau,” kata Nurul Hafidzah. 

Kenyataan-kenyataan fitnah yang telah dimuatnaik di akaun Facebook tersebut telah dikongsi sebanyak 110 kali dan menerima lebih dari 350 reaksi dari netizen termasuk sorotan skrin yang dikongsikan lebih dari 1200 kali oleh seorang pengguna akaun di laman media sosial tersebut. 

Aqil mengambil tindakan undang-undang tersebut kerana mendakwa sikap tidak bertanggungjawab individu tersebut telah menyebabkan beliau mengalami malu, tekanan emosi dan kesedihan apabila masyarakat mempercayai dakwaan kenyataan-kenyataan fitnah yang ditulis. 

Jika tiada permohonan maaf dibuat dalam masa tujuh hari dan pembayaran RM1 juta atau gantirugi yang setimpal dibayar kesan daripada tindakan menyebarkan sebaran fitnah tersebut, Aqil akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

The post YouTuber Popular, Aqil Zulkiflee Tuntut RM1 Juta & Permohonan Maaf Terhadap Seorang Wanita Yang Didakwa Memfitnah Dirinya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.