Ads Top

Shidee & Ani Mayuni Gagal Mara Ke Saingan Final GV8, Aweera Cipta Kejutan Muncul Juara Separuh Akhir

Dua peserta iaitu Shidee dan Ani Mayuni gagal mara ke saingan final Gegar Vaganza 8 (GV8) setelah mendapat markah terendah dalam kalangan lapan orang peserta.

Dengan penyingkiran tersebut, saingan final yang akan berlangsung pada minggu hadapan akan menampilkan enam orang peserta iaitu Aliff Aziz, Suki Low, Nikki Palikat, Adibah Noor, Aweera dan Azan Scan yang bersaing bagi merebut gelaran juara.

Pada saingan separuh akhir, Shidee yang mempersembahkan lagu medley Sedetik Lebih dan Kerna Dia sekadar memperoleh markah terendah 58.30 peratus, manakala Ani Mayuni pula meraih markah kedua terendah iaitu 61.00 peratus menerusi persembahan lagu Let’s Get Loud dan Sumpah.

Sementara itu, Aweera pula mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai juara untuk separuh akhir dengan markah sebanyak 81.30, manakala Nikki Palikat pula muncul naib juara dengan meraih markah 76.00 peratus.

Saingan GV8 menampilkan 100 peratus markah juri, di mana Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat bertindak selaku juri tetap, manakala Datuk Rosyam Nor pula menjadi juri jemputan. – KopiPlanet.com

*Ada Lagu Ada Lagi (Akhirnya Kini Pasti – Final)

1.  Sepi & Beggin – Aweera (81.30 peratus)

2.  Terasing & Mengapa – Nikki Palikat (76.00 peratus)

3.  Sampai Syurga & Dealova – Aliff Aziz (72.20 peratus)

4.  Seribu Tahun Takkan Mungkin & Dilema – Azan Scan (69.70 peratus)

5.  Seroja & Kau Dihatiku – Adibah Noor (65.20 peratus)

6.  Titanium & Jera – Suki Low (64.80 peratus)

7.  Ani Mayuni – Tersingkir (61.00 peratus)

8. Shidee – Tersingkir (58.30 peratus)

Battle around

  1. Kami Rappers
  2. Bangun
  3. Gangnam Style

The post Shidee & Ani Mayuni Gagal Mara Ke Saingan Final GV8, Aweera Cipta Kejutan Muncul Juara Separuh Akhir appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.