Ads Top

Mas Khan Dedahkan Jana Pendapatan Sebanyak RM40,000 Dalam Tempoh Masa Enam Jam

Pelakon popular, Mas Khan mendedahkan bahawa dia telah berhasil untuk menjana pendapatan sebanyak USD10,000 atau kira-kira RM40,000 dalam masa enam jam.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi posting yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“3 years ago, i paid $1,000.00 to learn trading. Today, i made $10,000.00 in just 6 hours. 

“So the moral of the story, if you can’t invest in yourself, you can’t win the bigger game,” kongsinya.

Dalam pada itu, menerusi carian yang dibuat, pelakon itu dipercayai terlibat dengan pelaburan forex dan merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan yang dikenali sebagai VIP Forex Cartel.

Malah, dalam akaun instagram kumpulan tersebut, Mas Khan pernah meraih keuntungan sehingga 650.65 peratus dalam pelaburan berkenaan. – KopiPlanet.com

The post Mas Khan Dedahkan Jana Pendapatan Sebanyak RM40,000 Dalam Tempoh Masa Enam Jam appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.