Ads Top

Pernah Dilarang Jual Produk Sebuah Jenama Tanpa Sebab Setelah Capai Jualan RM1 Juta Sebulan, Pengasas Harqis Empire Bangkit Dengan Produk Sendiri

Suatu ketika dahulu, usahawan wanita ini pernah mencipta kejayaan tersendiri apabila berhasil membuat jualan sebanyak RM1 juta sebulan untuk produk sebuah jenama.

Bagaimanapun, entah di mana silapnya, usahawan yang dikenali dengan nama Nur Saidatul Akma Jamaruddin ini tidak lagi dibenarkan untuk menjual produk tersebut tanpa sebarang alasan.

Ternyata situasi berkenaan langsung tidak mematahkan semangatnya dan terus bangkit dengan mengeluarkan produk kesihatan sendiri di bawah syarikat yang ditubuhkannya, Harqis Empire Sdn Bhd.

“Perkara itu memang menjadi satu tamparan kerana sepanjang menjual produk orang lain, saya berusaha sebaik mungkin kerana bukan sahaja ingin membantu eknonomi keluarga tetapi membuka peluang menjana pendapatan kepada orang lain.

“Cuma perkara yang berlaku itu pastinya buatkan hati saya terguris hati. Namun,  Allah sebaik-baik perancangan dan ujian diberikan kepada saya ketika itu rupa-rupanya adalah untuk saya lebih berjaya di atas kaki sendiri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Malam Prom Night yang diadakan bagi meraikan Fighters Haqis Empire Sdn Bhd diadakan di Hotel Marriot Putrajaya pada minggu lalu.

Kini Nursaidatul yang juga selaku Ketua Pegawai Eksekutif Harqis Empire Sdn Bhd sudah boleh tersenyum bangga apabila melihat syarikat yang ditubuhnya pada 2019 mula berkembang dan produk keluarannya semakin menjadi pilihan ramai.

Ketika ini, syarikatnya menjual pelbagai produk kesihatan seperti XS Perfect Caramel Cappucino, XS Perfect Hazelnut Latte serta XS Perfect Chocolate yang menjadi pilihan utama pelanggan.

Produk XS Perfect ini berfungsi membantu mengurangkan berat badan, mengawal selera makan dan melawaskan pembuangan dan terbaharu mereka muncul dengan produk jenama Harqees untuk penjagaan dalaman lelaki dan wanita.

Dalam pada itu, berkongsi cerita kejayaannya dalam perniagaan, beliau mengakui tidak akan berada di tahap sekarang tanpa sokongan dan pengorbanan suami tercinta, Muhammad Aswadi Abdul Wahap yang juga merangkap Ketua Pegawai Operasi Harqis Empire Sdn Bhd.

Jelas beliau, sejak mula melibatkan diri dalam perniagaan secara online, suaminya itulah yang banyak berkorban masa dan tenaga bagi memastikan dia dapat mencapai potensi diri sehingga berjaya membuka syarikatnya sendiri.

“Memang suami saya banyak bertindak di belakang tabir, namun impaknya sangat besar dan berkesan. Ketika saya sibuk menguruskan perniagaan dia berperanan melengkapi kekurangan saya seperti menguruskan anak, rumah tangga dan sebagainya.

“Mungkin ramai yang ingat peranannya nampak kecil, tetapi pengorbanan yang dilakukan cukup besar di mata saya dan tanpanya saya tidak mungkin berada di tahap sekarang,” katanya. 

Dalam pada itu, mengenai cabaran yang dihadapi sepanjang negara dilanda pandemik Covid-19, beliau mengakui sangat risau dengan keadaan berkenaan.

Namun, beliau juga berkata, dengan usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh bersama ejen dan stokis, ternyata segala cabaran itu dapat dihadapi dengan baik.

“Mula-mula tu risau juga sampai saya sangkakan hasil jualan akan menurun secara drastik, tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila jualan naik hampir dua kali ganda berbanding sebelumnya.

“Disebakan produk kami ini dijual secara online, mungkin itu kelebihan yang ada memandangkan ramai orang lebih suka membeli barang dalam talian, terutama sekali ketika Perintah PKP dilaksanakan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kongsinya lagi, penglibatannya dalam dunia perniagaan juga sebenarnya demi membantu suami tercinta yang sebelum ini seorang penjawat awam dengan pendapatan bulanan yang tidak seberapa.

“Sampai satu tahap saya berasa kasihan dan sayu melihat suami yang penat bekerja malah ada sekali dia balik rumah dalam kepenatan dengan pakaiannya yang lusuh dan berbau masam.

“Meskipun dia tidak pernah merungut saya sematkan dalam hati pada satu hari nak tengok suami segak bergaya dalam persalinan sut dan mempunyai gaji puluhan ribu setiap bulan,” imbaunya.

The post Pernah Dilarang Jual Produk Sebuah Jenama Tanpa Sebab Setelah Capai Jualan RM1 Juta Sebulan, Pengasas Harqis Empire Bangkit Dengan Produk Sendiri appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.