Ads Top

Ramli MS Dedahkan Salah Pemilihan Lagu Punca Aweera Berada Di Tangga Terakhir GV8

Jika pada separuh muncul juara, ternyata aksi final Gegar Vaganza 8 (GV8) nyata tidak menyebelahi Aweera apabila berada di kedudukan terakhir.

Biarpun ramai yang kecewa terutama sekali peminat penyanyi berkenaan, Datuk Ramli MS selaku juri tetap menjelaskan puncanya adalah disebabkan salah pemilihan lagu.

“Punca utamanya adalah disebabkan salah pemilihan lagu kerana lagu duet itu adalah lagu perempuan. Apabila lagu tu dah diumum untuk dipersembahkan, memang tak boleh buat apa-apa.

“Apabila rakan duet perempuan akan ada masalah besar range. Ini disebabkan lagu tu lagu perempuan, kalau dia nyanyi dengan lelaki tak ada masalah,” jelasnya.

Ramli MS atau Tok Ram menjelaskan perkara tersebut dengan merujuk kepada lagu Sepi nyanyi Aina Abdul yang dinyanyikan secara duet oleh Aweera bersama Liza Hanim.

Malah, mengenai pemilihan lagu juga Tok Ram menjelaskan ia bukan dipilih oleh barisan juri, sebaliknya ia adalah pilihan peserta sendiri.

Mengenai sebuah lagu lagi yang dinyanyikan oleh Aweera iaitu Beggin, Tok Ram memberitahu ia adalah persembahan yang dilihat biasa.

“Untuk lagu Beggin rasanya so so sahaja… manakala untuk battle pula saya lihat ada peserta lain yang lebih bagus daripadanya,” jelasnya.

Pada aksi final yang berlangsung malam tadi, Aweera sekadar berpuas hati berada di tangga ke-6 dengan markah 63.90 peratus, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

Sementara itu, Aliff Aziz pula dinobatkan sebagai juara GV8 dengan menewaskan lima peserta lain iaitu Aweera, Adibah Noor, Azan Scan, Suki Low dan Nikki Palikat. – KopiPlanet.com


The post Ramli MS Dedahkan Salah Pemilihan Lagu Punca Aweera Berada Di Tangga Terakhir GV8 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.