Ads Top

Pian Cecupak Disahkan Meninggal Dunia Setelah Ditemui Terjatuh Dalam Tandas

Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Rahman disahkan meninggal dunia di rumah ibunya di Flat Sentul Murni, Taman Datuk Senu, Sentul malam tadi.

Difahamkan, Allahyarham yang berusia 51 tahun dan pernah popular bersama kumpulan Cecupak sebelum ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.00 malam.

Seorang ahli keluarganya berkata, Allahyarham yang terjatuh di dalam tandas ditemui oleh ibunya.

Pada 2018, portal Gempak melaporkan, Allahyarham mengakui perlu menjalani rawatan jantung dengan segera dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000.

Menurut pelawak berkenaan ketika itu, doktor menasihatinya supaya segera melakukan pembedahan kerana masalah tekanan jantung yang dihadapinya amat serius. – KopiPlanet.com

The post Pian Cecupak Disahkan Meninggal Dunia Setelah Ditemui Terjatuh Dalam Tandas appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.