Ads Top

Dato Seri Vida Tampil Membuat Permohonan Maaf, Mahu Bertemu Secara Bersemuka Dengan Anuar Zain

Setelah menuduh penyanyi popular Anuar Zain seorang gay, akhirnya usahawan selebriti Dato Seri Vida atau DSV tampil membuat permohonan maaf.

Permohonan maaf tersebut telah dikongsikan sendiri oleh DSV menerusi satu perkongsian video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya.

“Assalamualikum semua… saya Dato Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan. Mungkin perkataan saya yang menguris hati banyak pihak, fans, keluarga Anuar Zain.

“Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud, saya tidak berniat… mungkin terlepas cakap atau gurauan tanpa sengaja,” ujarnya.

Menerusi video itu lagi, DSV menyatakan dia langsung tidak berniat untuk berkata sedemikian, malah tidak ingat apa yang dikatakannya itu.

Pada masa sama, usahawan itu juga meluahkan hasrat untuk bertemu secara bersemuka dengan penyanyi berkenaan.

“Saya tak boleh nak recall balik apa yang saya cakapkan tu. Benda ni dah lama, jadi baru sekarang ni muncul. Jadi, apapun saya minta maaf, saya tidak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain.

“Bila dah jadi kekeruhan dan kekalutan, apa lagi yang saya boleh ucapkan, melainkan saya mohon maaf banyák-banyak rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain. Maafkan saya

“Saya berharap dapat berjumpa in person (bersemuka) dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada… Insya-Allah,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Dato Seri Vida Tampil Membuat Permohonan Maaf, Mahu Bertemu Secara Bersemuka Dengan Anuar Zain appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.