Ads Top

Penantian Peminat Muzik Berakhir… 12 Lagu Telah Terpilih Untuk Bersaing Di Pentas AJL 36

Penantian peminat muzik tanah air berakhir selepas keputusan 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 36 diumumkan pada malam ini.

Untuk saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM 36) yang berlangsung selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu menyaksikan 30 lagu bersaing.

Antara lagu-lagu yang layak ke saingan AJL 36 seperti Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Nafas Cinta (Khai Bahar & Aina Abdul), Boneka (Ernie Zakri), Purnama (Naim Daniel) dan Pelukan Angkasa (SOG x Shila Amzah).

Selain itu, lain-lain lagu yang turut layak bertanding seperti Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonny Boii), Aewo (Shiha Zikir & Noki), Lara (Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).

Barisan juri profesional Muzik Muzik 36 Separuh Akhir diketuai Datuk Mokhzani Ismail dan disertai oleh Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

Sementara itu, saingan AJL 36 dijadualkan akan berlangsung pada bulan hadapan. – KopiPlanet.com

The post Penantian Peminat Muzik Berakhir… 12 Lagu Telah Terpilih Untuk Bersaing Di Pentas AJL 36 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.