TERKINI: PM Akan Umum Dalam Masa Terdekat Mengenai Tindakan Yang Akan Dilaksana Berhubung Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 – Ismail Sabri
![](https://sk-bucket.sgp1.digitaloceanspaces.com/2021/01/08172307/siakap-keli-thumbnail-2021-01-08T172257.622.jpg)
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, sebentar tadi memaklumkan bahawa satu pengumuman khas akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam waktu terdekat bagi menjelaskan mengenai tindakan yang akan dilakukan berkaitan situasi semasa COVID-19.
“Kerajaan sentiasa memantau situasi semasa COVID-19 ini dan membincangkan pendekatan serta langkah terbaik untuk mengawal penularannya,” katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan sedang memperhalusi dan menilai tindakan-tindakan yang perlu diambil segera untuk mengawal penularan jangkitan COVID-19 ini termasuk pertimbangkan SOP-SOP yang lebih ketat.
“Insha Allah, satu pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan,” katanya.
PM akan umum dalam masa terdekat mengenai tindakan yang akan dilaksana berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 – Ismail Sabri pic.twitter.com/IGVZ62uDDo
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 8, 2021
Sumber: RTM
The post TERKINI: PM Akan Umum Dalam Masa Terdekat Mengenai Tindakan Yang Akan Dilaksana Berhubung Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.
No comments: