Ads Top

Muat Naik Gambar Tidak Bertudung, Penampilan Terbaharu Natasha Hudson Kini Jadi Tanda Tanya

Sebelum ini, pelakon Natasha Hudson sememangnya dikenali dengan penampilannya yang bertudung, malah pernah mengenakan niqab tidak berapa lama dahulu.

Bagaimanapun, menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagram, ternyata pelakon itu mengejutkan ramai terutama sekali peminat-peminatnya.

Menerusi posting berkenaan, Natasha yang dipercayai sedang bercuti di Pulau Langkawi kelihatan sudah tidak lagi bertudung seperti sebelumnya.

Malah, pelakon tersebut juga telah bertindak dengan menutup ruangan komen pada posting berkenaan sehingga menimbukan tanda tanya.

Sehingga kini, pelakon yang empat kali mendirikan rumah tangga itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyatan berhubung berkenaan.

Pelakon tersebut mengambil keputusan untuk bertudung pada tahun 2016. – KopiPlanet.com

The post Muat Naik Gambar Tidak Bertudung, Penampilan Terbaharu Natasha Hudson Kini Jadi Tanda Tanya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.