Ads Top

Dato Seri Vida Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Penyingkiran SA.YA, Anggap Keputusan Pilih Bulu Di Suku Akhir GV8

Usahawan popular, Dato Seri Vida atau DSV meluahkan rasa tidak puas hati dengan penyingkiran SA.YA dalam saingan suku akhir Gegar Vaganza 8 (GV8) malam tadi.

Menerusi luahan yang dibuat di akaun Instagram miliknya, DSV menganggap terdapat sikap pilih bulu dalam keputusan yang dibuat.

“Saya rasa ada masalah GV minggu penting ni… towards ke separuh akhir… SA.YA performance ada X Factor malam ni (semalam)…

“Shidee pula nak disimpan… nak selamatkan… nampak sangat pilih bulu… bulu pahat tak keluar suara… tapi disimpan.. atas dasar apa? Legend? Kalau dah sah sah pancit? Nak selamatkan lagi?” luahnya.

DSV juga mempersoalkan adakah penyingkiran SA.YA itu dibuat memandangkan kedua-duanya iaitu Saiful Apek dan Yassin merupakan seorang pelawak.

Malah, usahawan berkenaan juga menyatakan setiap minggu SA.YA telah berusaha untuk membaiki kelemahan mereka.

“Yang bagus disingkirkan… adalah sebab mereka pelawak… menjadi filler je dalam GV… Tiba-tiba lain jadi… mereka berusaha baiki kelemahan mereka.

“Akhirnya hasilkan great improvement setiap minggu… saya tahulah… mainan ni… Saya mandan sponser GV,” tegasnya. – KopiPlanet.com

The post Dato Seri Vida Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Penyingkiran SA.YA, Anggap Keputusan Pilih Bulu Di Suku Akhir GV8 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.