Ads Top

Dikenali Sebagai Penyanyi Jenaka, Yasser Fikri Sahut Cabaran Rakam Lagu Irama Melayu Tradisional Senandung Anak Melaka

Yasser Fikri bin Abu atau dengan nama pentasnya yang unik iaitu Yasser Atakk, seorang pemuda berbakat dalam irama tradisional melayu. Karakternya yang agak gila dan dikenali sebagai penyanyi jenaka. Tetapi untuk projek kali ini kemunculannya menerusi ‘Senandung Anak Melaka’ sedikit berlainan apalagi menyahut cabaran rentak dan irama dari Siso Kopratasa.

Lagu ‘Senandung Anak Melaka’ telah dicipta oleh Fauzi Mohammad manakala lirik ditulis oleh Siso Kopratasa. Siso memilih tema pelancungan untuk menghiasi melodi lagu selain mempromosikan Melaka sebagai Kota Pelancungan di Malaysia. Mereka masing – masing berkolaborasi buat kali pertama. Menurut Fauzi Mohammad sebagai composer, beliau menjadikan Pak Ngah dan S.Atan sebagai idola & inspirasi dalam menghasilkan karya yang berteraskan irama melayu tradisional.

Idea & inspirasi tersebut telah tercetus dalam ‘Senandung Anak Melaka’ selepas beliau selesai merakamkan lagu tema untuk sebuah teater di Melaka. Yasser Fikri telah dipilih sebagai penyanyi atas kebolehannya. Selain menyanyi , Yasser juga menulis lirik . Kegemarannya memparodikan lagu menjadikan beliau dikenali dikalangan peminat seni yang selalu melayari youtube. 

“Pada mulanya apabila saya menerima lagu ini saya merasakan ianya cabaran buat saya kerana belum ada rekod nyanyian vokal saya . Setelah saya berbincang semula dengan composer , saya disuruh nyanyi cara saya tersendiri ketika memandu kereta .

“Alhamdulillah ianya berhasil sehingga lagu ini direkodkan . Apa pun jadi..saya mesti cuba yang terbaik..Dalam masa yang sama lagu ni kita nak bagi semua orang dengar mestilah berkualiti kerana tidak ramai yang mengetahui secara meluas genre lagu tradisional ini,” ujarnya.

Tag line lagu Senandung Anak Melaka ini adalah dikatakan sebagai ‘Kota Pelancungan Negeri Selat’, serta merupakan cubaan Siso untuk mengimbau kembali kegemilangan Melaka satu Ketika dulu sebagai Vanice Timur yang sangat dikagumi oleh pedagang pedagang dari barat. 

Sebagai tanda pengenalan lagu ini kepada masyarakat dan buat orang Melaka khususnya, pihak produksi telah menghasilkan sebuah video klip ‘Senandung Anak Melaka’ yang telah dijalankan penggambarannya di bandaraya Melaka . Siso berharap karya yang dihasilkan oleh Fauzi Mohamad & dinyanyikan oleh Yasser Fikri ini bakal menjadi sebuah lagu yang perlu untuk menarik pelancung ke Negeri Melaka. 

Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes. Video klip ‘Senandung Anak Melaka’ nyanyian oleh Yasser Fikri ini telah dilancarkan pada 29 Oktober di saluran youtube Luncai Emas  dan juga audio rasminya boleh didengarkan di semua saluran digital. – KopiPlanet.com

The post Dikenali Sebagai Penyanyi Jenaka, Yasser Fikri Sahut Cabaran Rakam Lagu Irama Melayu Tradisional Senandung Anak Melaka appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.