Ads Top

Bergelar Pensyarah Tidak Halang Najwa Latif Terus Aktif Menyanyi, Kini Muncul Dengan Single Baharu Bertenang

Kehadiran tahun 2022 dijadikan permulaan baru buat penyanyai Imratul Najwa Abdul Latif atau lebih mesra dikenali Najwa Latif untuk terus bergiat aktif dalam bidang nyanyian.

Setelah 11 tahun bergelar sebagai anak seni dan mempunyai dua karier dalam satu masa iaitu sebagai penyanyi dan pensyarah, ia tidak mematahkan semangatnya untuk meneroka kebolehan diri untuk melahirkan single rakaman studio yang ke-21 berjudul Bertenang.

Kesibukan bekerja sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris di salah sebuah Universiti Swasta Antarabangsa di ibu negara tidak menjadi penghalang untuk Najwa mengambil peluang untuk meneroka kebolehan dirinya dan menganggap permulaan 2022 akan membuka ruang baru untuk kejayaan akan datang.

Mempertaruhkan sebuah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ell Gee, Bertenang merupakan hadiah buat pendengar yang menyokongnya di sepanjang kerjaya sebagai penyanyi.

“Bertenang adalah merupakan sebuah lagu dihasilkan untuk kita saling mengingatkan diri tentang kekurangan yang ada pada diri kita.

“Boleh jadi kekurangan itu akan adi satu kelebihan dan untuk kita sentiasa bertenang dalam menghadapi segala cabaran di setiap fasa kehidupan,” jelasnya.

Menurutnya, lagu berkenaan dirakam oleh Amzar Sabri dan dibantu Ell Gee dan proses menyiapkannya mengambil masa lebih kurang tiga bulan.

Dalam pada itu, Najwa berharap agar Bertenang dapat dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat terutamanya peminat-peminat, di samping menonjolkan sisi sebenar Najwa Latif sebagai seorang penyanyi yang baik.

“Dalam keadaan sekarang ni, pasti saya berharap Bertenang dapat diterima oleh para pendengar dan bertenang menghadapi situasi pandemik yang kini berlarutan hampir dua tahun,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Bergelar Pensyarah Tidak Halang Najwa Latif Terus Aktif Menyanyi, Kini Muncul Dengan Single Baharu Bertenang appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.