Ads Top

“Sekarang Lu Kacau Family Gua La Sial!” – Niezam Zaidi Bengang Ada Individu Viralkan Alamat Rumah Keluarganya

Pelakon popular, Niezam Zaidi meluahkan rasa marahnya apabila ada individu yang cuba mengganggu keluarganya dengan memviralkan alamat rumah keluarganya.

Dalam satu video yang dimuat naik di Insta Story, kemarahan pelakon itu memuncak dengan tindakan tersebut setelah mengambil sikap bersabar.

“Dah lama saya saber… nak usik saya takpa. Jangan usik family saya. Nak bukak aib gua takpa, gua tak kisah. Sekarang lu kacau family gua la sial.

“Lu viralkan gambar gua tak ada apa-apa, tapi alamat family gua… tu rumah family gua. Barua lu. Lu sedap post, lu pejam mata, lu tak rasa apa. Gua kena hadap,” ujarnya.

Luah Niezam lagi, dia sendiri tertanya-tanya apa motif individu tersebut berbuat demikian serta mahu bersemuka dengannya.

“Awak cari saya boleh? Awak cari saya ek… Saya nak tanya, apa motif awak buat macam tu? Lama saya sabar, lama saya tahan,” ujarnya.

Semalam, Niezam telah dihukum denda RM4,000 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar setelah mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan. – KopiPlanet.com

The post “Sekarang Lu Kacau Family Gua La Sial!” – Niezam Zaidi Bengang Ada Individu Viralkan Alamat Rumah Keluarganya appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.