Ads Top

Jenama Pelitup Muka Nun Ha Keluaran Markaz Tijaari Dapat Anugerah The Best New Brand Of The Year

Jenama pelitup muka Nun Ha keluaran Markaz Tijaari milik pasangan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa dinobatkan sebagai The Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award 2022.

PU Riz berkata, pencapaian itu bertitik tolak daripada hasil penjualan pelitup muka Nun Ha yang terjual lebih 800,000 helai dalam tempoh tiga bulan.

“Alhamdullillah, pelitup muka kami dapat terjual banyak sehinggakan dinobat sebagai The Best New Brand of The Year oleh The Asia Business and Leadership Award.

“Ternyata pelitup muka ini menjadi ‘benchmark’ kerana harga terbaik dalam pasaran iaitu murah, mendapat banyak hadiah percuma dengan setiap pembelian, kualiti dan coraknnya yang cantik,” katanya.

Menurut PU Riz, segala kejayaan dicapai itu adalah rezeki Allah SWT, biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran dan ujian.

Malah, suami kepada Neelofa itu dalam hantaran di Instagram turut berpesan supaya berhenti mendengar cakap-cakap negatif orang.

“Ada orang yang selalu nak kita jatuh, nak kita nampak buruk kerana itu adalah sebahagian besar kesukaan manusia.
Tetapi mulut mulut ini jugalah yang menyebabkan manusia ramai masuk neraka.

“Jadi kepada anda yang sedang atau mash lagi mengikut apa yang diperkatakan oleh publik, kawan atau lawan yang negatif, maka berhentilah Kerana anda tak tahu kejayaan apa ada di hadapan. Pembenci tetap membenci (Haters gonna hate) tapi rezki daripada Allah tidak boleh dihalang,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Jenama Pelitup Muka Nun Ha Keluaran Markaz Tijaari Dapat Anugerah The Best New Brand Of The Year appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.