Ads Top

Gegar Vaganza – Bunda Petik Program Khas Tampilkan Hetty Koes Endang Beri Cabaran Kepada Tetamu Menyanyi Secara Spontan

Tidak dinafikan penampilan penyanyi hebat Indonesia, Hetty Koes Endang selaku juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8) telah memberikan kelainan dalam program berkenaan.

Ternyata, penyanyi itu berjaya menambat hati menonton menerusi cara dan gayanya memberi komen kepada para peserta yang bertanding terutama sekali ayat ‘Bunda Petik’ yang kini sudah sinonim dalam kalangan penonton.

Oleh yang demikian, sempena dengan minggu separuh akhir dan final yang akan berlangsung ini, Astro Ria bakal menayangkan segmen khas Gegar Vaganza – Bunda Petik yang akan disiarkan pada 15 dan 22 Januari ini pada pukul 10.00 malam.

Menerusi rancangan dua episod itu yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Sherry Alhadad, penyanyi berkenaan bersama tetamu selebriti akan menyanyikan lagu dan melemparkan cabaran nyanyian secara spontan kepada tetamu.

Antara penyanyi yang bakal tampil dalam rancangan tersebut ialah bekas peserta GV seperti Azharina, Lan Solo, dan Naqiu – KopiPlanet.com

The post Gegar Vaganza – Bunda Petik Program Khas Tampilkan Hetty Koes Endang Beri Cabaran Kepada Tetamu Menyanyi Secara Spontan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.