Ads Top

Akui Belum Memiliki Kekasih, Khai Bahar Dedahkan Dirinya Pernah Ada Crush

Bakal mencecah usia 28 tahun pada Februari ini, Khai Bahar menyatakan dia masih belum mempunyai kekasih buat masa ini.

Ujar Khai, dengan kesibukan dalam kerjaya seninya, dia masih belum terfikir tentang mencari pasangan dan tidak ada perancangan dalam tempoh terdekat.

“Buat masa ini saya memang belum ada kekasih kerana tumpuan saya hanya pada kerjaya semata-mata sekarang.

“Tentang soal kahwin pula, sasaran saya adalah pada usia 30 tahun dan ke atas. Tak kisahlah jodoh saya itu nanti sama ada artis atau orang biasa,” ujarnya.

Khai berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sidang konsert Khai Bahar, Nafas Cinta yang berlangsung hari ini.

Tidak lama dahulu, Khai pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta bersama beberapa orang rakan artis seperti Siti Nordiana, Nabila Razali dan Aina Abdul.

Dalam pada itu. Khai juga mendedahkan bahawa dia pernah mempunyai crush yang diminatinya secara diam-diam.

“Tak dinafikan yang dahulu saya pernahlah ada seorang crush. Cuma crush saya tu tak tahulah yang saya minat dia.

“Namun crush saya itu sekarang ini dah pun berumah tangga. Tentang siapa crush saya tu, tak perlulah saya dedahkan,” ujarnya. 

Bercerita mengenai konsert Nafas Cinta yang akan berlangsung pada 12 Februari ini di Petaling Jaya Performing Arts Center (PJ PAC), Khai menganggap ia sebagai pengubat duka kepada konsert sulungnya yang terpaksa dibatalkan sebelum ini.

“Sudah tentu saya akan buat sebaik mungkin untuk konsert ini nanti, apatah lagi sudah lama saya menanti untuk mengadakan sebuah konsert,” ujarnya.

Pada konsert itu nanti, dua orang penyanyi wanita iaitu Adira Suhaimi dan Aina Abdul menjadi sebagai penyanyi jemputan. – KopiPlanet.com

The post Akui Belum Memiliki Kekasih, Khai Bahar Dedahkan Dirinya Pernah Ada Crush appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.