Ads Top

Remy Ishak Akui Masih Belum Sempat Berbulan Madu, Hasrat Tunai Umrah Bersama Isteri Tertangguh

Setelah lima bulan mendirikan rumah tangga, pelakon popular Remy Ishak mengakui masih belum sempat untuk pergi berbulan madu bersama isteri tercinta, Ezza Yusof.

Remy berkata, dengan kesibukan jadual kerjaya masing-masing membuatkan rancangan berkenaan masih belum kesampaian sehingga kini.

“Tidak dinafikan saya dan isteri tak sempat lagi nak berbulan madu sebab masing-masing sibuk. Isteri sibuk dengan perniagaannya dan saya pula sibuk dengan dunia lakonan.

“Kadang-kadang tu nak berjumpa pun sukar kerana isteri sering berada di pejabatnya. Jadual kerjaya pula memang cukup pada sehingga bulan Jun ini,” ujarnya.

Remy berkata demikian ketika majlis pelancaran program realiti terbitan Astro iaitu The Masked Singer yang kini memasuki musim kedua.

Remy dah Ezza telah mendirikan rumah tangga pada bulan Ogos 2021 setelah lapan tahun berkawan.

Ujar Remy, dia juga sebenarnya ada mempunyai perancangan untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri, namun ia terpaksa ditangguhkan.

“Selepas mendirikan rumah tangga tu, kami memang merancang nak pergi buat umrah, tetapi kerajaan Arab Saudi tetapkan hanya yang dah ambil booster je boleh pergi. Masa tu saya tak ambil lagi sebab ambik vaksin Sinovac.

“Jadi, kami dah rancang untuk pergi umrah tahun ni. Namun, masih belum ada rezeki lagi setelah kerajaan umumkan untuk tangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah baru-baru ini,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai pembabitannya sebagai salah seorang juri dalam program The Masked Singer musim kedua, Remy berkata dia bersetuju dengan tawaran yang terima kerana kegembiraan yang dirasai semasa musim terdahulu.

“Pada mulanya saya teragakz-agak juga untuk terus jadi juri pada musim kedua ni, tetapi melihat kembali musim lepas rasa seronok pula kerana turut disertai rakan-rakan artis lain yang memang best,” ujarnya.

“The Masked Singer Malaysia” musim kedua akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD (107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand! – KopiPlanet.com

The post Remy Ishak Akui Masih Belum Sempat Berbulan Madu, Hasrat Tunai Umrah Bersama Isteri Tertangguh appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.