Ads Top

Intan Ladyana Akhirnya Sahkan Kini Sedang Hamil Lapan Bulan, Rahsiakan Jantina Anak

Pelakon popular, Intan Ladyana akhirnya mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil lapan bulan.

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh Intan ketika menjadi tetamu dalam rancangan Melodi bersama suaminya, Harris Alif. 

“Alhamdulillah… sekarang saya dah lapan bulan mengandung.

“Bulan depan InsyaAllah…” ujarnya.

Sementara itu, Harris yang turut hadir menyatakan buat masa ini dia isterinya enggan mendedahkan mengenai jantina anak mereka.

Jelasnya, sehingga kini mereka masih mahu merahsiakannya, termasuk daripada pengetahuan ahli keluarga masing-masing.

“Sebenarnya family kitaorang pun tak tahu sebab first baby ni kami nak suprise kan family dan kawan-kawan,” ujarnya.

Sebelum ini, Intan dan Harris masing-masing tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kehamilan, meskipun ramai yang sudah mengetahui Intan sudah berbadan dua menerusi beberapa gambar dan video yang sudah tersebar.

Pada bulan lalu, pasangan tersebut berhadapan detik cemas apabila kedua-duanya telah disahkan positif Covid-19. – KopiPlanet.com

The post Intan Ladyana Akhirnya Sahkan Kini Sedang Hamil Lapan Bulan, Rahsiakan Jantina Anak appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.