Ads Top

Demi Penuhi Hajat Arwah Siti Sarah, Anzalna Nasir Sanggup Tolak Jadi Duta Produk Tudung Jenama Lain

Umum sudah mengetahui mengenai pelakon popular, Anzalna Nasir telah dipilih sebagai duta produk syarikat tudung, Loveta yang dimiliki oleh arwah Siti Sarah Raissuddin.  

Anzalna mendedahkan pelawaan itu sebenarnya sudah hadir banyak kali sebelum arwah pergi, namun dia terpaksa menolak atas beberapa sebab.

“Memang dah banyak kali juga arwah nyatakan hasrat untuk mengambil saya sebagai duta produk kosmetiknya, cuma saya terpaksa tolak kerana sudah ada komitmen bersama dengan produk kosmetik yang lain.

“Bukan sekali dua, tapi dah banyak kali dan setiap kali dia tawarkan, mesti saya dah ada ikat kontrak dengan jenama lain. Jadi memang sukar,” katanya.

Anzalna berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen Loveta X Anzalna di Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini.

Sementara itu, mengenai pelantikan sebagai duta tudung, Anzalna memberitahu dia ada menerima tawaran beberapa jenama tudung yang lain tetapi terpaksa ditolak demi memenuhi hajat arwah Siti Sarah.

“Sebenarnya jenama lain itu pun memang saya sangat suka tetapi saya tolak sebab Loveta,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire, Siti Fatimah Suberi berkata, dia bersyukur kerana hubungan baik Anzalna dengan arwah Siti Sarah menjadi penyebab utama pelakon itu sudi menjalinkan kerjasama.

Ujar beliau, Anzalna juga tidak menunggu lama untuk memberi jawapan ketika ditawarkan untuk bersama Loveta.

“Menerusi kempen Loveta X Anzalna ini, kita memperkenalkan Anzalna Shawl iaitu shawl semi instant yang hadir dengan 11 koleksi warna yang menarik.

“Produk ini juga adalah mengikut citarasa pelakon berkenaan yang mahukan tudung jenis mudah dipakai tetapi mempunyai kelas dan standard tersendiri,” katanya. – KopiPlanet.com

The post Demi Penuhi Hajat Arwah Siti Sarah, Anzalna Nasir Sanggup Tolak Jadi Duta Produk Tudung Jenama Lain appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.