Ads Top

Shahir Zawawi Kena Scam, Rugi RM12 Juta Setelah Kena Tipu Dalam Perniagaan Bekalkan Sarung Tangan

Penyanyi popular, Shahir Zawawi mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM12 juta setelah menjadi mangsa penipuan ketika menjalankan perniagaan membekalkan sarung tangan pada tahun 2020.

Shahir berkata, dia bersama beberapa rakan kongsi menjadi mangsa penipuan dan kes berkenaan kini masih dalam proses undang-undang.

“Sebelum ini saya ada melibatkan diri dalam dunia perniagaan bersama beberapa rakan dan ditipu membabitkan 400,000 kotak sarung tangan untuk dibekalkan kepada hospital.

“Apabila barang-barang yang ditempah itu sampai di pelabuhan, kami periksa dan dapati yang sampai itu adalah kotak-kotak kosong sahaja dan kami dah kena scam,” ujarnya.

Jelas Shahir, akibat penipuan yang berlaku sekitar Oktober 2020 itu, mereka telah mengalami kerugian sebanyak RM12 juta.

Menurutnya lagi, mereka telah mengambil tindakan undang-undang berhubung kes penipuan tersebut dan ia masih lagi dalam siasatan.

“Itu merupakan antara cabaran yang terpaksa saya harungi sepanjang terlibat dalam perniagaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, selepas muncul juara pertandingan program realiti nyanyian Hijrahkan Laguku, Shahir menyatakan dia mahu kembali bergiat aktif dalam dunia nyanyian.

“Untuk tahun 2022, saya akan kembali aktif menyanyi dan dah ada perancangan untuk hasilkan album kompilasi bersama peserta Hijrahkan Laguku yang lain,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Shahir Zawawi Kena Scam, Rugi RM12 Juta Setelah Kena Tipu Dalam Perniagaan Bekalkan Sarung Tangan appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.