Ads Top

Elyana Bakal Hasilkan Sebuah Lagu Baharu, Kisah Berkenaan Perjuangannya Melawan Penyakit Kanser

Baru-baru ini, penyanyi popular Elyana sudah memaklumkan bahawa dirinya yang kini sudah bebas daripada penyakit kanser limfoma yang dialaminya selama 10 tahun.

Berkesempatan bertemu penyanyi itu baru-baru ini, dia memaklumkan kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah single baharu.

“InsyaAllah, saya keluar dengan sebuah lagu baharu dan saya percaya yang ia memang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat saya.

“Buat masa ini saya belum boleh cerita lebih lanjut, namun lagu berkenaan boleh dikatakan tentang kisah perjuangan saya melawan penyakit kanser selama 10 tahun,” ujarnya.

Ujar Elyana, lagu baharu berkenaan juga merupakan ‘hadiah’ istimewa buat peminat-peminat yang terus menyokong kerjaya seninya sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keadaannya sekarang setelah bebas kanser, penyanyi itu memberitahu dia lagi perlu menjalani rawatan.

Elyana berkata, selepas ini dia akan menjalani empat lagi rawatan kemoterapi dan ia akan bermula pada bulan hadapan.

“Sebenarnya doktor ada juga mencadangkan untuk saya membuat transplan, tetapi ia memakan kos yang sangat besar.

“Cuma, saya harap tak perlu nak buat transplan selepas selesai buat kemoterapi. Malah, ketika ini saya juga sedang ambil beberapa suplemen yang menurut pakar memang elok untuk kesihatan saya,” ujarnya.

The post Elyana Bakal Hasilkan Sebuah Lagu Baharu, Kisah Berkenaan Perjuangannya Melawan Penyakit Kanser appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.